Tue, 28 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Pengusaha miliki TOL boleh mohon lesen pelancongan
Published on: Monday, July 27, 2026
Published on: Mon, Jul 27, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pengusaha miliki TOL boleh mohon lesen pelancongan
DR Andi bersama ahli Puspabumi semasa mesyuarat.
SEMPORNA: Kerajaan Sabah pada dasarnya telah bersetuju membenarkan pengusaha pelancongan yang memiliki Lesen Pendudukan Sementara (TOL) memohon lesen pelancongan dalam usaha menyelesaikan isu pelesenan di daerah ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal, berkata keputusan itu dicapai hasil kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

Advertisement
Menurutnya, keutamaan di bawah cadangan itu akan diberikan kepada pengusaha sedia ada yang telah dikenal pasti bagi membolehkan mereka memenuhi syarat untuk memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Beliau berkata, status TOL sebelum ini merupakan antara halangan utama yang menyebabkan sebahagian pengusaha gagal mendapatkan lesen walaupun telah menjalankan perniagaan sejak sekian lama.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Secara teknikal, bersama KKTP, kami telah bersetuju supaya cadangan TOL pelancongan ini diperluaskan kepada pemain industri pelancongan sedia ada di Semporna bagi membolehkan mereka memperoleh lesen Motac,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelapan Persatuan Syarikat Pelancongan Bumiputera Semporna (Puspabumi) di Sky Resort, pada Sabtu.

Advertisement
Mengulas dakwaan bahawa lebih 80 pusat pelancongan di Semporna masih belum memperoleh lesen penuh, beliau berkata jumlah itu masih dalam proses pengesahan.

Katanya, pengusaha yang telah dikenal pasti akan diberi keutamaan apabila cadangan itu dilaksanakan.

Advertisement
Sementara itu, Pengerusi Puspabumi Mad Zafar Mad Zahal berkata keputusan kerajaan negeri itu memberi suntikan semangat kepada pengusaha tempatan yang sebelum ini berdepan kesukaran mendapatkan lesen kerana status TOL tidak diterima sebagai sebahagian daripada syarat permohonan.

“Keputusan ini memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk menjalankan perniagaan secara sah serta mematuhi syarat pelesenan,” katanya.

Beliau berkata, pihak persatuan menghargai usaha kerajaan negeri, khususnya KePKAS, dalam membantu mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Tambahnya, lebih lapan ahli Puspabumi telah memperoleh kelulusan TOL, manakala permohonan daripada ahli-ahli lain masih dalam proses.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here