Mon, 20 Jul 2026
Headlines:
Boleh guna MyKad baharu beli minyak masak bersubsidi
Published on: Sunday, July 19, 2026
Published on: Sun, Jul 19, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Boleh guna MyKad baharu beli minyak masak bersubsidi
Mengulas lanjut, Armizan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mempercepat pelaksanaan penambahbaikan Sistem Skim Penstabilan Minyak Masak Elektronik (eCoss) serta memperkukuh pengurusan Skim Penstabilan Minyak Masak (Coss) susulan syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
MENUMBOK: Penggunaan MyKad versi baharu yang dilengkapi kod Respons Pantas (QR) dijangka menjadi antara mekanisme utama bagi memperkukuh pelaksanaan subsidi bersasar, khususnya dalam pembelian minyak masak paket bersubsidi, sekali gus memastikan bantuan hanya dinikmati golongan yang layak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata ketika ini pembelian barangan bersubsidi direkodkan menerusi aplikasi telefon pintar menggunakan kod QR, namun pelaksanaan itu akan diperkemas apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan MyKad versi baharu yang dilengkapi ciri sama.

Advertisement
Beliau berkata pengguna kelak mempunyai pilihan sama ada menggunakan aplikasi pada telefon pintar atau mengimbas MyKad bagi merekodkan setiap transaksi pembelian.

“Kita sedang menunggu JPN mengeluarkan versi baharu MyKad. Insya-Allah tahun ini juga. MyKad baharu itu akan mempunyai kod QR dan nanti rakyat mempunyai pilihan sama ada menggunakan telefon atau MyKad.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Apabila MyKad diimbas, rekod pembelian dapat direkodkan dengan lebih baik dan ia amat penting dalam agenda penyasaran subsidi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Kampung Angkat Madani di sini, Sabtu.

Turut hadir Adun Kuala Penyu yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury.

Advertisement
Mengulas lanjut, Armizan berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mempercepat pelaksanaan penambahbaikan Sistem Skim Penstabilan Minyak Masak Elektronik (eCoss) serta memperkukuh pengurusan Skim Penstabilan Minyak Masak (Coss) susulan syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata KPDN menyambut baik syor yang dibentangkan menerusi Penyata PAC DR.27 Tahun 2026 di Dewan Rakyat pada Khamis (16 Jul) lalu dan akan meneliti serta memberi perhatian serius terhadap semua cadangan penambahbaikan itu, selain menghargai pengiktirafan PAC terhadap usaha kementerian berkenaan.

Advertisement
Menurutnya, KPDN telah melaksanakan strategi penambahbaikan secara berperingkat sejak 2023 yang diperkukuh menerusi naziran dalaman dari Disember 2023 hingga Jun 2024 bagi menangani isu ketirisan dan kelemahan dalam pelaksanaan Coss.

Beliau berkata pembangunan eCoss yang bermula pada 2023 kini memasuki dua fasa iaitu pendigitalan pengurusan kuota, transaksi jualan dan tuntutan subsidi di sepanjang rantaian bekalan, selain pengenalan aplikasi mudah alih eCoss yang sedang dilaksanakan secara rintis sejak Mei 2025.

“Pelaksanaan eCoss secara menyeluruh merupakan strategi penting bagi mengurangkan ketirisan, penyelewengan dan mengekang manipulasi rekod manual yang sebelum ini digunakan sebagai sistem sandaran,” katanya.

Mengulas syor lain PAC, Armizan berkata KPDN turut memberi perhatian terhadap cadangan supaya pengagihan bekalan minyak masak mengutamakan syarikat penapisan milik tempatan yang berdaya saing.

Menurutnya, kementerian kini melaksanakan intervensi secara berperingkat termasuk menetapkan syarat penggantian kuota serta mekanisme padanan perniagaan antara syarikat penapisan tempatan dengan syarikat pembungkus.

Selain itu, katanya, KPDN telah melaksanakan beberapa langkah lain termasuk melarang penjualan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram kepada bukan warganegara sejak 1 Mac lalu, menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan minyak masak sisa atau rosak serta mengekalkan harga runcit maksimum RM2.50 bagi minyak masak paket satu kilogram.

Beliau berkata KPDN turut mengintegrasikan eCoss dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (Sara), memperkukuh audit dan pemantauan pemegang kuota, menyelaras penguatkuasaan menerusi Ops Tiris 4.0 Bersepadu, memastikan bekalan minyak masak bersubsidi tersedia dalam Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) serta melaksanakan mekanisme pengezonan pengedaran.

“KPDN komited untuk terus melaksanakan penambahbaikan dengan mengambil kira laporan naziran dalaman, Laporan Audit Jabatan Audit Negara dan Penyata PAC bagi memastikan subsidi minyak masak yang melibatkan peruntukan besar benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat secara bersasar,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here