Sat, 18 Jul 2026
Headlines:
Pejabat daerah sedang kumpul maklumat: Jahid
Published on: Tuesday, January 26, 2021
Published on: Tue, Jan 26, 2021
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pejabat daerah sedang kumpul maklumat: Jahid
Kota Kinabalu: Pejabat daerah di Sabah sedang dalam proses mengumpulkan maklumat bagi memastikan kerosakan infrastruktur akibat banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini, dapat dibaiki dengan sempurna, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim (gambar).

Beliau berkata pihaknya ada menerima laporan kerosakan itu di berlaku di kampung-kampung di beberapa daerah, bagaimanapun kementeriannya sedang menunggu maklumat serta laporan lebih terperinci daripada pejabat daerah masing-masing, sebelum mengambil tindakan lanjut.

Advertisement
“Saya telah meminta pihak pejabat daerah untuk mengumpul maklumat terperinci mengenai kerosakan, dan kita akan segera mengambil tindakan untuk membaiki kemudahan infrastruktur yang menjadi keperluan mendesak penduduk.

“Kita tahu ada infrastruktur seperti jalan-jalan kampung dan jambatan gantung yang rosak, dan kementerian akan memastikan masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin, apabila kita menerima laporan terperinci daripada pejabat daerah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyampaian sumbangan 10,000 roti bun daripada Syarikat Kim Teck Cheong, kepada Hospital Queen Elizabeth di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Jahid berkata sumbangan itu merupakan penghargaan buat petugas barisan hadapan yang melawan Covid-19 dan kerajaan sangat mengalu-alukan sumbangan seperti itu.

Advertisement
“Oleh itu kita berharap akan ramai lagi pihak-pihak lain khususnya syarikat swasta, tampil untuk memberikan bantuan bukan sahaja kepada petugas barisan hadapan, tetapi kepada semua golongan yang memerlukan,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here