Mon, 13 Jul 2026
Headlines:
Pelan pembangunan RM1.4 bilion lulus
Published on: Sunday, July 12, 2026
Published on: Sun, Jul 12, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Pelan pembangunan RM1.4 bilion lulus
ARIFIN (dua, kiri) memotong reben sebagai simbolik pelancaran projek perumahan terbaharu Kumpulan JSK, disaksikan Johnny (tiga, kiri), Ceasar (dua kanan), Fairuz (kiri), Susan (kanan) dan Stanley (tiga, kanan).
Kota Kinabalu: Sabah terus mencatat perkembangan kukuh dalam sektor hartanah apabila permohonan pelan pembangunan bernilai berbilion ringgit yang dikemukakan kepada Majlis Perancang Negeri (MPN) di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah menunjukkan peningkatan yang konsisten.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perkembangan itu menjadi petunjuk kukuh kepada pertumbuhan ekonomi yang positif serta momentum pembangunan yang sihat dalam sektor hartanah.

Advertisement
Beliau berkata, MPN meluluskan lebih 30 permohonan pelan pembangunan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah kira-kira RM1.4 bilion pada Jun tahun ini.

“Majlis ini bermesyuarat setiap bulan dan bertanggungjawab mengenal pasti, menilai, mempercepatkan cadangan pembangunan serta memberikan kelulusan sementara, termasuk projek melibatkan perumahan, perindustrian dan pelancongan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Kelulusan yang diberikan tertakluk kepada pemaju memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian dan agensi berkaitan, termasuk aspek perlindungan alam sekitar, infrastruktur jalan raya serta pematuhan teknikal lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan PropEX 2026 Shareda yang berlangsung selama tiga hari serta melancarkan projek perumahan terbaharu Kumpulan JSK, Taman Universiti Utama, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Khamis.

Beliau berkata, kelulusan sementara yang diberikan bulan lalu melibatkan kebanyakan projek pembangunan perumahan dan perindustrian, selain beberapa projek infrastruktur pelancongan.

Advertisement
Menurutnya, MPN menerima banyak permohonan setiap bulan, sekali gus mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang sihat dan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap sektor pembangunan Sabah.

“Pada Mei sahaja, MPN menerima kira-kira 70 permohonan pelan pembangunan dengan anggaran GDV sebanyak RM4 bilion,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, proses kelulusan yang diperkemas bertujuan mempercepatkan perancangan pembangunan sambil memastikan semua projek mematuhi peraturan sedia ada.

Katanya, kementerian akan terus memudah cara cadangan pembangunan melalui MPN bagi memastikan projek yang memberi manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.

Mengenai perumahan mampu milik, Mohd Arifin berkata, kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) serta Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bagi meningkatkan bekalan rumah untuk pembeli rumah pertama dan golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, LPPB akan terus membangunkan projek perumahan mampu milik berharga antara RM60,000 hingga RM100,000 di beberapa daerah di Sabah bagi memenuhi keperluan golongan B40 dan berpendapatan rendah, khususnya pasangan yang sudah berkahwin.

“Usaha ini melengkapkan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan bertujuan memastikan lebih ramai rakyat Sabah mempunyai akses kepada pemilikan rumah mampu milik,” katanya.

Terdahulu, Mohd Arifin memuji Shareda kerana menganjurkan pameran hartanah tahunan itu yang disifatkannya sebagai platform penting untuk menghubungkan pembeli rumah dengan pembangunan perumahan yang bersesuaian, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi negeri secara keseluruhan.

Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Fairuz Renddan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Stanley Chong, Presiden Shareda yang juga Pengarah Urusan Kumpulan JSK Datuk Johnny Wong Chen Yee, Pengarah Urusan Kumpulan WSG Datuk Susan Wong Siew Guen serta pegawai lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here