Sat, 18 Jul 2026
Headlines:
Pemegang IMM13 cari kerja guna MyKad abang ipar dipenjara
Published on: Saturday, July 18, 2026
Published on: Sat, Jul 18, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pemegang IMM13 cari kerja guna MyKad abang ipar dipenjara
Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pemegang dokumen IMM13 dijatuhi hukuman penjara 12 minggu dan denda RM1,000 atau tambahan penjara empat minggu oleh Mahkamah Majistret pada Khamis selepas mengaku bersalah menggunakan MyKad milik abang iparnya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Elwin Rubin, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan menggunakan MyKad milik Mohd Ismie Farizal Sufian di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kira-kira jam 10 pagi pada 14 Julai lalu.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa siasatan polis berhubung laporan kehilangan sebuah kenderaan pelanggan di sebuah syarikat automotif mendapati nama “Ismie” direkodkan sebagai pengawal keselamatan yang bertugas ketika kejadian.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Bagaimanapun semasa siasatan dijalankan seorang saksi memaklumkan bahawa beliau tidak mengenali “Ismie” sebagai pengawal keselamatan di syarikat berkenaan dan menunjukkan kepada polis tangkap layar jadual tugas Elwin yang disimpan dalam telefon bimbitnya.

Siasatan lanjut mendapati Elwin telah menggunakan butiran MyKad milik Ismie ketika memohon jawatan pengawal keselamatan di syarikat itu tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik kad pengenalan tersebut.

Advertisement
Dalam rayuannya Elwin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan MyKad itu milik abang iparnya dan digunakan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di syarikat automotif berkenaan.

Pegawai pendakwa Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi kesan pencegahan.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan Elwin menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap serta dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here