Sat, 4 Jul 2026
Headlines:
Peruntukan bayaran balik cukai kini RM4 billion, ambang pelaksanaan e-invois RM1 juta
Published on: Sunday, December 07, 2025
Published on: Sun, Dec 07, 2025
By: Sherell Jeffrey, Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Peruntukan bayaran balik cukai kini RM4 billion, ambang pelaksanaan e-invois RM1 juta
Anwar turut memaklumkan bahawa ambang pelaksanaan e-invois dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta susulan aduan peniaga kecil mengenai beban tambahan serta kos pelaksanaan.
PM Anwar mengumumkan peningkatan peruntukan kerajaan bagi bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bagi meredakan masalah aliran tunai yang dihadapi peniaga.

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan aduan perusahaan kecil dan sederhana mengenai kelewatan bayaran balik yang memberi kesan kepada operasi perniagaan mereka.

Advertisement
“Sekarang kerajaan memang memerlukan RM2 bilion untuk membayar balik dengan segera. Saya fikir bagi keperluan mendesak, RM2 bilion tidak mencukupi. Kita perlu selesaikan masalah peniaga kecil.

“Oleh itu, bagi Disember ini, saya membuat keputusan semalam dan memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa kita akan membuat bayaran balik kepada peniaga yang menghadapi masalah, dengan meningkatkan peruntukan daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Anwar turut memaklumkan bahawa ambang pelaksanaan e-invois dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta susulan aduan peniaga kecil mengenai beban tambahan serta kos pelaksanaan.

“Jadi kita kaji dalam masa singkat. Sudah kaji dan semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri sudah putuskan peringkat awal. Syarikat-syarikat kecil dan sederhana ini dia rasa itu menambah beban dan kos. Saya dengar…jadi syarikat-syarikat kecil tidak perlu lagi dipaksa (buat) e-invoicing.

Advertisement
“Ini bermakna syarikat kecil tidak lagi dipaksa melaksanakan e-invois. Bagaimana keadaannya selepas RM1 juta, akan dikaji dari sudut implikasi kos,” katanya.

Berkuat kuasa 1 Januari, hanya pembayar cukai dengan jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta diwajibkan melaksanakan e-invois, manakala pembayar cukai dengan jualan tahunan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada keperluan berkenaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here