Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Sokong cadangan pemberian biasiswa pengajian bahasa etnik
Published on: Monday, February 23, 2026
Published on: Mon, Feb 23, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Sokong cadangan pemberian biasiswa pengajian bahasa etnik
KENINGAU: Cadangan pemberian biasiswa bagi menyokong pengajian bahasa etnik di Sabah wajar disokong sepenuhnya kerana usaha itu dilihat mampu memperkukuh pemeliharaan warisan budaya dan identiti masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles (gambar) berkata inisiatif berkenaan merupakan langkah strategik dan berwawasan dalam memastikan bahasa ibunda etnik di Sabah terus dipelihara, diperkasa dan diwariskan kepada generasi muda.

Advertisement
Menurut beliau bahasa etnik bukan sekadar medium komunikasi malah menjadi lambang jati diri, sejarah serta nilai kehidupan masyarakat setempat yang perlu dipertahankan dalam arus pembangunan dan globalisasi masa kini.

“Cadangan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa etnik adalah sangat tepat pada masanya. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Inisiatif ini mampu melahirkan lebih ramai tenaga pengajar, penyelidik dan penggiat bahasa yang berperanan memperkukuh pengajaran bahasa ibunda di sekolah serta institusi pengajian tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata tanpa sokongan tersusun termasuk bantuan pendidikan, bahasa-bahasa etnik berisiko terhakis sekiranya tidak dipelihara secara sistematik dan berterusan.

Advertisement
Yazid menyatakan usaha memperkasa pengajian bahasa etnik juga dapat membantu memperkaya bahan rujukan, dokumentasi serta penyelidikan linguistik tempatan sekali gus memartabatkan kepelbagaian budaya di Sabah.

Sehubungan itu beliau menggesa semua pihak termasuk agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan masyarakat supaya terus berganding bahu menyokong pelaksanaan cadangan berkenaan demi memastikan kelestarian bahasa etnik terus terpelihara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here