Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Juara Zandi Tavanus guna gelaran perkasa wanita Sabah
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Juara Zandi Tavanus guna gelaran perkasa wanita Sabah
JOVITA (tengah) diapit oleh Samsiah (kanan) dan Martina.
PENAMPANG: Juara baharu Zandi Tavanus 2026, Jovita Ibin berhasrat menggunakan gelaran yang dimenanginya untuk memperkasa wanita dengan membina keyakinan diri serta membuka lebih banyak peluang kepada penyanyi-penyanyi baharu di Sabah.

Guru tadika berusia 41 tahun itu yang juga ibu kepada tiga anak berkata kemenangan tersebut bukanlah pencapaian peribadi semata-mata sebaliknya satu amanah untuk berkhidmat dan memberi inspirasi kepada golongan wanita.

Advertisement
“Kemenangan ini bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk wanita di luar sana dan semua yang menyokong saya. 

“Saya berharap dapat merealisasikan manifesto saya pada masa akan datang,” katanya selepas dinobatkan sebagai juara pada pertandingan akhir Zandi Tavanus Negeri pada Sabtu lalu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Jovita berkata penyertaannya dalam pertandingan itu didorong oleh keinginan untuk memperluaskan usaha memperkasa wanita selaras dengan matlamat pertandingan tersebut.

“Saya melihat Zandi Tavanus ini sebagai platform untuk mengangkat wanita, jadi saya mahu turut serta dalam usaha itu sambil membina keyakinan diri sendiri,” katanya.

Advertisement
Menurutnya manifesto yang dibawanya memberi tumpuan kepada bidang muzik sebagai platform memperkasa wanita serta memelihara warisan lagu tradisional komuniti Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) di Sabah.

“Saya sudah lebih 10 tahun terlibat dalam bidang nyanyian dan saya mahu gunakan platform ini untuk memperkukuh keyakinan wanita serta memelihara muzik budaya kita,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata Sabah mempunyai ramai bakat nyanyian yang berpotensi, namun kurang pendedahan untuk melangkah lebih jauh.

“Ramai yang boleh menyanyi tetapi tidak tahu langkah seterusnya jadi saya mahu bantu kembangkan bakat mereka melalui platform ini,” katanya.

Tambahnya wanita bukan sahaja memerlukan keyakinan diri tetapi juga sokongan emosi dan moral bagi mencapai potensi sebenar mereka.

Jovita turut berkongsi bahawa beliau telah merakamkan beberapa lagu yang boleh didapati di YouTube hasil kerjasama dengan beberapa studio rakaman.

Beliau berkata sebuah lagu baharu berjudul Zandi Tavanus akan didedikasikan kepada semua pihak yang menyokong perjalanannya dalam pertandingan itu.

Jovita muncul juara daripada 51 finalis dan membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM20,500 termasuk wang tunai RM6,000, mahkota serta barangan dan perkhidmatan tajaan.

Naib juara disandang Samsiah Ani dari Keningau manakala tempat ketiga menjadi milik Martina Gadamin dari Nabawan.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Edna Majimbun yang merasmikan pertandingan itu berkata program berkenaan bukan sekadar acara hiburan sebaliknya mengiktiraf peranan penting wanita khususnya ibu dan isteri dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara.

Beliau berkata Zandi Tavanus juga menjadi platform penting untuk memperkasa wanita di samping memelihara warisan budaya Sabah serta menggalakkan peserta menjadi suri teladan dalam komuniti masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here