Wed, 8 Jul 2026
Headlines:
18 PTI dipenjara, denda babit kesalahan imigresen
Published on: Tuesday, July 07, 2026
Published on: Tue, Jul 07, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
18 PTI dipenjara, denda babit kesalahan imigresen
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PTI) dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman terhadap warga Filipina, Indonesia dan Pakistan itu selepas mereka membuat pengakuan bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Advertisement
Daripada jumlah itu 11 warga Filipina dan seorang warga Indonesia dipenjara empat bulan bermula dari tarikh ditangkap kerana memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sementara itu dua lagi tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Sabah.

Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM10,000 atau dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda, manakala seorang wanita warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Advertisement
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding sama tiga lelaki warga Filipina dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa pas yang sah.

Advertisement
Mereka turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan kerana memasuki semula Sabah secara haram selepas sebelum ini diusir atau dihantar pulang dari Malaysia.

Seorang lagi lelaki warga Pakistan pula didenda keseluruhan RM4,500 selepas mengaku bersalah memasuki Sabah tanpa pas yang sah serta melanggar syarat pas yang dikeluarkan kepadanya.

Mahkamah turut memerintahkan semua tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas selesai menjalani hukuman penjara atau membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Kamrul Md Yusof.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here