Kota Kinabalu: Golongan wanita digesa bergiat aktif dalam bidang keusahawanan dengan mengenalpaati peluang baru seiring memperkasa ilmu serta nilai keusahawanan.
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datuk Dr Rosmawati Lasuki berkata cabaran masa kini adalah lebih besar dan memerlukan usahawan wanita lebih berani maju ke hadapan.
“Bukan senang untuk kita sebagai usahawan wanita mencapai kejayaan dengan mudah tanpa usaha keras dan komitmen yang jitu.
“Saya harap semua wanita khasnya golongan usahawan mengambil peluang yang ada dari pelbagai sudut kerana kita sememangnya berperanan dan banyak berkorban untuk membantu memajukan keluarga serta komuniti,” katanya.
Advertisement





