Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Wanita didenda RM15,000 jual produk vape tanpa piawaian 
Published on: Thursday, July 09, 2026
Published on: Thu, Jul 09, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita didenda RM15,000 jual produk vape tanpa piawaian 
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 46 tahun didenda RM15,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret  selepas mengaku bersalah menjual beberapa produk vape yang tidak mematuhi piawaian pelabelan dan pembungkusan yang ditetapkan.

Tertuduh Laila Ranis membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Flavian Edward Hendry pada Selasa.

Advertisement
Mengikut pertuduhan Laila didapati menjual beberapa produk pengganti tembakau yang tidak dibungkus dan tidak dilabel mengikut keperluan yang ditetapkan di Boss Vape Shop, Homeware, Bandar Baru Keningau pada jam 11.25 pagi, 21 Januari 2025.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Mahkamah turut memerintahkan semua barang kes dilupuskan oleh pihak pendakwaan dalam tempoh 14 hari.

Laila telah menjelaskan bayaran denda tersebut.

Advertisement
Dalam rayuan mitigasi Laila memohon hukuman ringan dikenakan terhadapnya.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Rals Benjamin Yakod memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal bagi memperkukuh matlamat akta berkenaan dalam melindungi kesihatan awam serta memastikan semua peniaga terus mematuhi undang-undang.

Advertisement
Beliau berhujah bahawa kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan pelanggaran terhadap akta yang digubal bagi melindungi kesihatan awam melalui pengawalseliaan penjualan produk merokok dan produk pengganti tembakau termasuk produk vape.

Katanya keperluan pembungkusan dan pelabelan diwujudkan bagi memastikan setiap produk yang dijual memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan serta memaparkan maklumat produk dan amaran kesihatan yang diwajibkan.

“Dengan menjual produk vape yang tidak mematuhi syarat pembungkusan dan pelabelan, tertuduh telah menafikan hak pengguna untuk mengetahui kandungan sebenar produk serta amaran kesihatan yang sepatutnya dipaparkan.

“Keadaan ini meningkatkan risiko kesihatan kepada pengguna, menyukarkan usaha penguatkuasaan dan menjejaskan objektif kerajaan untuk memastikan hanya produk yang memenuhi piawaian keselamatan dibenarkan berada di pasaran.

“Pematuhan terhadap keperluan pembungkusan dan pelabelan amat penting bagi membolehkan pengguna memperoleh maklumat tepat mengenai produk vape selain menyokong usaha kerajaan mengawal selia penjualan produk merokok dan produk pengganti tembakau,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here