Mon, 6 Jul 2026
Headlines:
Skuad lelaki, wanita Sabah mampu raih emas di Sukma
Published on: Sunday, July 05, 2026
Published on: Sun, Jul 05, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Skuad lelaki, wanita Sabah mampu raih emas di Sukma
MODDY dan semua warga pendidik serta murid yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
KENINGAU: Skuad bola sepak Sabah lelaki dan wanita diyakini mampu memberi saingan sengit serta merealisasikan sasaran membawa pulang pingat emas pada temasya Sukma 2026 ke-22 di Selangor.

Naib Presiden Keningau FA, Patrick Moddy, berkata keyakinan itu disandarkan kepada persiapan rapi yang dilakukan pasukan, selain peningkatan prestasi pemain yang bakal menggalas cabaran mewakili Sabah.

Advertisement
Menurutnya, pengalaman yang diperoleh pada Sukma ke-21 di Sarawak, termasuk kejayaan skuad wanita mara ke pentas akhir dan memenangi pingat perak, wajar dijadikan pembakar semangat untuk kedua-dua pasukan melangkah lebih jauh pada edisi kali ini.

Katanya, skuad lelaki juga memiliki potensi besar untuk mencipta kejutan sekiranya berjaya mengekalkan disiplin, semangat berpasukan dan konsisten sepanjang kejohanan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Sudah tiba masanya Sabah kembali berdiri megah dalam arena bola sepak Sukma. Saya yakin dengan komitmen pemain, barisan kejurulatihan dan sokongan padu seluruh rakyat Sabah, impian menghadiahkan pingat emas buat negeri ini mampu direalisasikan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan sepak takraw bawah 12 tahun MSSD Keningau anjuran PPD Keningau yang dikelolakan SK Bunga Raya di Dewan SK Banjar disini baru baru ini.

Moddy turut menyeru seluruh rakyat Sabah agar terus memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan kontinjen negeri supaya segala usaha serta pengorbanan atlet membuahkan hasil yang membanggakan di Selangor nanti.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau turut berharap Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Keningau dalam acara sepak takraw mampu memberikan persembahan terbaik pada kejohanan MSSS yang akan berlangsung dari 29 Julai hingga 2 Ogos ini di Kota Belud. 

Menurut Moddy, penyertaan pasukan MSSD Keningau dalam kejohanan tersebut bukan sahaja memberi pendedahan berguna kepada atlet muda, malah menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. 

Advertisement
Katanya, dengan latihan yang konsisten serta semangat berpasukan yang tinggi, beliau yakin skuad sepak takraw Keningau mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan lain yang bertanding. 

Moddy turut menyeru agar semua atlet menjaga disiplin, fokus dan semangat kesukanan sepanjang kejohanan berlangsung demi mengharumkan nama daerah Keningau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here