Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Hakisan tebing sungai ancam rumah penduduk Kampung Ulu Uloi
Published on: Thursday, July 09, 2026
Published on: Thu, Jul 09, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
 Hakisan tebing sungai ancam rumah penduduk Kampung Ulu Uloi
MOHD Nizam (dua dari kiri) bersama dengan yang lain ketika membuat tinjauan ke rumah Zubaidah.
Tenom: Hakisan tebing sungai yang semakin serius di Kampung Ulu Uloi disehingga mengancam keselamatan sebuah kediaman penduduk mendapat perhatian Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap Datuk Jamawi Jaafar.

Isu berkenaan dikenal pasti susulan laporan yang diterima daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) mengenai hakisan tebing sungai yang semakin kritikal berhampiran rumah milik Zubaidah Abd Mazid.

Advertisement
Hakisan terbabit dipercayai berpunca daripada banjir besar yang berlaku beberapa tahun lalu dan keadaan menjadi lebih buruk akibat kejadian banjir terbaru.

Sehubungan itu Pegawai Khas Jamawi, Mohd Nizam Ag Kassim mewakili beliau mengadakan lawatan ke kediaman Zubaidah bagi meninjau keadaan sebenar lokasi serta menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurut Jamawi lawatan tersebut bertujuan menilai tahap kerosakan selain mendapatkan maklumat terperinci mengenai risiko yang dihadapi penduduk setempat.

Beliau berkata perkara itu turut dikemukakan kepada Ketua JPS Tenom Lahaman Dahing supaya tindakan segera dapat diambil memandangkan tahap hakisan kini semakin kritikal dan berpotensi membahayakan keselamatan penduduk.

Advertisement
Katanya tindakan pantas amat penting bagi mengelakkan risiko yang lebih besar kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan terjejas.

Sementara itu Jamawi berkata beliau dimaklumkan bahawa pihak JPS akan memberi keutamaan terhadap kes berkenaan dan mengambil tindakan secepat mungkin.

Advertisement
“Alhamdulillah, Lahaman Dahing memaklumkan bahawa pihak JPS akan memberi keutamaan terhadap kes ini dan akan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan penduduk Kampung Ulu Uloi sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JPS, pemimpin masyarakat dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari penyelesaian terhadap masalah hakisan tersebut.

Katanya kerjasama erat antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat amat penting dalam memastikan setiap isu yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dapat ditangani secara berkesan.

“Setiap aduan rakyat diberi perhatian dan disusuli dengan tindakan.

“Insyahallah usaha serta kerjasama erat antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan kawasan Melalap,” katanya.

Jamawi menegaskan komitmennya untuk terus memantau perkembangan kes berkenaan sehingga langkah penyelesaian yang sesuai dapat dilaksanakan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk kampung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here