Mon, 20 Jul 2026
Headlines:
Lebih 500 penduduk Kampung Sekalong nikmati manfaat Projek Kampung Angkat Madani KPDN
Published on: Sunday, July 19, 2026
Published on: Sun, Jul 19, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Lebih 500 penduduk Kampung Sekalong nikmati manfaat Projek Kampung Angkat Madani KPDN
ARMIZAN (lima dari kanan) bersama salah seorang penduduk Kampung Sekalong, Menumbok yang memenangi cabutan bertuah.
MENUMBOK: Lebih 500 penduduk Kampung Sekalong dekat sini bakal menikmati manfaat daripada pelaksanaan Projek Kampung Angkat Madani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang memberi tumpuan kepada peningkatan kemudahan asas serta kesejahteraan komuniti setempat.

Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata Kampung Sekalong dipilih sebagai Kampung Angkat Madani KPDN bagi tahun 2026 berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan kerajaan termasuk tahap liputan kemudahan asas yang masih di bawah 50 peratus.

Advertisement
Menurutnya kerajaan memperuntukkan RM500,000 kepada setiap kementerian dan agensi yang terbabit bagi melaksanakan projek pembangunan di kampung angkat masing-masing di bawah Program Kampung Angkat Madani.

“Hasil sesi libat urus bersama penduduk dan pemimpin setempat, lima projek utama dikenal pasti untuk dilaksanakan di Kampung Sekalong dengan sasaran siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini antaranya pembinaan dewan serbaguna terbuka, menaik taraf jalan kampung, pembinaan serta pembaikan pembetung, pemasangan lampu solar dan pembinaan mercu tanda Kampung Sekalong.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Ia bukan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur saja malah merangkumi pengisian bukan fizikal seperti sesi libat urus bersama komuniti dan penyampaian perkhidmatan kerajaan secara terus kepada rakyat, katanya semasa sidang media sempena Pelancaran Projek Kampung Angkat Madani KPDN yang turut dihadiri wakil rakyat Kuala Penyu merangkap pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury pada Sabtu.

Mengulas lanjut Armizan berkata pelancaran Kampung Angkat Madani KPDN di Kampung Sekalong turut disertai pelbagai pengisian termasuk Program Jualan Rahmah Madani (PJRM), saringan kesihatan, advokasi kepenggunaan dan aktiviti bersama komuniti antaranya kenduri rakyat.

Advertisement
“Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas dan perkhidmatan yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat khususnya masyarakat luar bandar,” katanya.

Dalam perkembangan sama Armizan berkata KPDN sebelum ini melaksanakan Program Kampung Angkat Madani di Mukim Kaiduan, Papar pada 2024 dan Mukim Tikam Batu, Kedah pada 2025 lalu.

Advertisement
Selain itu katanya KPDN turut melaksanakan Program Santuni Madani yang berkonsepkan ‘Satu Pemimpin, Satu Kampung’ bagi memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Menurutnya ketika ini terdapat tujuh kampung di bawah Program Santuni Madani KPDN melibatkan Sabah, Kedah, Pahang dan Perak diterajui oleh Menteri, Timbalan Menteri, pengurusan tertinggi kementerian serta agensi di bawah KPDN.

“Program Kampung Angkat Madani diperkenalkan kerajaan sejak 2024 dengan matlamat merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Untuk tahun ini Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM200 juta bagi melaksanakan program itu melibatkan 500 kampung terpilih di seluruh negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here