Fri, 24 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki didenda RM25,000 curi bekalan elektrik
Published on: Friday, July 24, 2026
Published on: Fri, Jul 24, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didenda RM25,000 curi bekalan elektrik
Mahadi didakwa mengikut Subseksyen 61(3)(a) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki didenda keseluruhan RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan membabitkan penyambungan bekalan elektrik secara haram dan pemasangan pendawaian elektrik tanpa kebenaran di sebuah premis perniagaan.

Mahadi Santa, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Mahadi didenda RM20,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda kerana secara tidak jujur mengambil bekalan elektrik melalui sambungan terus daripada kotak suis pengasing busbar tanpa melalui meter Sabah Electricity (SE).

Sambungan haram itu membekalkan elektrik ke papan agihan bagi pejabat dan bilik sewa di tingkat atas serta beberapa mesin layan diri di tingkat bawah menyebabkan SE mengalami kerugian kewangan akibat penggunaan elektrik yang tidak direkodkan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 3 petang, 30 Julai 2025 di Heritage Trade and Services, Lorong Plaza Utama 1, Alamesra Plaza Utama, Lebuhraya Pantai Sulaman.

Bagi pertuduhan kedua, Mahadi didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan kerana memasang pendawaian elektrik yang disambungkan kepada sistem bekalan sedia ada di premis sama tanpa kelulusan bertulis daripada SE.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan di lokasi serta waktu yang sama.

Ketika rayuan hukuman Mahadi menerusi peguamnya memohon hukuman ringan.

Advertisement
Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Tenaga Sabah Andryeno Thomas memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi pengajaran kerana kesalahan mencuri bekalan elektrik adalah serius dan menyebabkan kerugian kepada pemegang lesen bekalan elektrik sekali gus memberi kesan kepada pengguna yang membayar bil secara sah.

Beliau berhujah perbuatan itu dilakukan dengan sengaja demi keuntungan peribadi serta menjejaskan integriti sistem bekalan elektrik justeru hukuman setimpal perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahadi didakwa mengikut Subseksyen 61(3)(a) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here