Fri, 24 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki didakwa bunuh bekas tunang layak dibicarakan
Published on: Friday, July 24, 2026
Published on: Fri, Jul 24, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa bunuh bekas tunang layak dibicarakan
Kota Kinabalu: Lelaki berusia 72 tahun yang didakwa membunuh bekas tunangnya sehingga mayat mangsa ditemukan dalam keadaan dikerat dan dibuang ke dalam tong sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar disahkan layak dibicarakan serta tidak mengalami sebarang penyakit mental.

Perkara itu dimaklumkan pihak pendakwaan ketika sebutan semula kes Piluta Samad (gambar) di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus pada Khamis bagi mendapatkan status laporan psikiatri.

Advertisement
Pendakwaan memaklumkan laporan psikiatri daripada Hospital Mesra Bukit Padang telah siap dan mengesahkan Piluta berkeupayaan membuat pengakuan serta layak dibicarakan.

Bagaimanapun pihak pendakwaan memohon satu lagi tarikh sebutan bagi mendapatkan arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Peguam Datuk Ram Singh tidak membantah permohonan itu dan menyatakan harapan agar kes berkenaan dapat dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada sebutan akan datang.

Mahkamah menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Advertisement
Piluta didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bekas tunangnya, Hamidah Husin @ Lisa, 44, di sebuah rumah di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar, antara jam 6 petang hingga 7 malam pada 11 Februari lalu.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun. Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati tertuduh turut berdepan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Advertisement
Pada 15 April lalu mahkamah mengarahkan Piluta menjalani pemerhatian psikiatri di Hospital Mesra Bukit Padang selepas permohonan dikemukakan pihak pembelaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ram Singh dibantu peguam Ian Vun dan Prem Elmer Ganasan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akash Singh.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here