Sat, 18 Jul 2026
Headlines:
Kerajaan digesa segera gubal Akta Pelarian
Published on: Saturday, July 18, 2026
Published on: Sat, Jul 18, 2026
Text Size:
Text:
Kerajaan digesa segera gubal Akta Pelarian
Madius berkata konflik bersenjata di selatan Filipina sejak awal 1970-an telah memaksa puluhan ribu rakyat negara itu melarikan diri ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan.
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (gambar) menggesa kerajaan mempercepat penggubalan Akta Pelarian Malaysia sebagai kerangka perundangan nasional yang komprehensif bagi menangani isu pelarian yang berlarutan di negara ini.

Beliau berkata ketiadaan undang-undang khusus menyebabkan semua perkara berkaitan pelarian diuruskan hanya melalui dasar pentadbiran dan amalan sedia ada.

Advertisement
“Saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain telah berulang kali membangkitkan isu berkaitan pelarian, pendatang asing tanpa izin (PTI) serta pelbagai kes melibatkan warga asing, namun sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh dilaksanakan.

“Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah ditubuhkan pada 2012 bagi menyiasat kebanjiran warga asing, dan syor-syornya kemudian dibentangkan di Dewan Rakyat. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Justeru, Tuaran mencadangkan supaya Akta Pelarian Malaysia digubal secepat mungkin bagi menangani isu pelarian yang telah berlarutan sekian lama,” katanya.

Madius berkata konflik bersenjata di selatan Filipina sejak awal 1970-an telah memaksa puluhan ribu rakyat negara itu melarikan diri ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan.

Advertisement
Beliau berkata pada peringkat awal, pelarian berkenaan ditempatkan di enam skim penempatan utama di Sabah dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), sebelum tanggungjawab pentadbirannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Keadaan ini telah mewujudkan pelbagai cabaran dari segi keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan, penjagaan kesihatan, peluang pekerjaan, kebajikan sosial, hubungan antarabangsa dan perlindungan hak asasi manusia.

Advertisement
“Ini kerana Malaysia tidak mempunyai kerangka perundangan nasional khusus yang mentakrifkan status pelarian, mengawal selia hak serta tanggungjawab mereka, atau memperincikan kuasa kerajaan dalam menguruskan hal ehwal berkaitan pelarian,” katanya.

Madius berkata undang-undang yang dicadangkan itu perlu memberikan takrifan jelas mengenai status pelarian, mewujudkan prosedur pendaftaran, memperkenalkan mekanisme pengurusan yang komprehensif serta menggariskan penyelesaian jangka panjang termasuk proses penghantaran pulang secara sukarela.

Beliau turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pelarian dan Orang Tanpa Kewarganegaraan bagi menjalankan semakan menyeluruh terhadap dasar pelarian negara.

“Isu pelarian bukan lagi isu sementara. Ia telah menjadi realiti yang kita hadapi selama lebih 50 tahun.

“Saya berharap negara akan bergerak ke arah mewujudkan kerangka perundangan yang jelas bagi memastikan kedaulatan Malaysia serta keselamatan rakyat terus terpelihara pada masa hadapan,” katanya.

Madius juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli dan Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here