Sat, 25 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Jelajah Cakna Pertahanan perkasa komuniti Banggi
Published on: Saturday, July 25, 2026
Published on: Sat, Jul 25, 2026
Text Size:
Text:
Jelajah Cakna Pertahanan perkasa komuniti Banggi
YUSNE memberi ceramah kepada murid-murid ketika salah satu program Mindef di Pulau Banggi. – Gambar Mindef
KUDAT: Kementerian Pertahanan (Mindef) mengadakan Program Jelajah Cakna Pertahanan di Pulau Banggi, bagi memperkukuh literasi pertahanan masyarakat di kawasan yang mempunyai nilai geostrategik tinggi terhadap landskap keselamatan negara.

Mindef dalam kenyataan Jumaat memaklumkan bahawa program tiga hari bermula Rabu (22 Julai) itu, dilaksanakan menerusi Malaysian Institute of Defence and Security (Midas) di bawah pimpinan Ketua Eksekutif Laksamana Muda Datuk Yusne Mokhtar.

Advertisement
Menurut kenyataan itu, pemilihan Pulau Banggi amat signifikan memandangkan kedudukannya sebagai pulau terbesar di Malaysia, selain terletak di perbatasan paling utara Sabah yang bersempadan dengan perairan maritim Filipina.

“Antara pengisian utama program ialah penganjuran Sesi Townhall bertemakan ‘Kedaulatan Pulau Banggi: Memperkasakan Komuniti Sempadan, Mempertahankan Kedaulatan Negara’ untuk memperkukuh pendekatan Whole of Government dan Whole of Society (WoGoS).

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Dialog dua hala itu, menghimpunkan pelbagai agensi penguat kuasa dan awam, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Bagi memperkasakan institusi kekeluargaan dan pendidikan, Program Bicara Pertahanan yang membawa tema “Bicara Pertahanan Bermula dari Rumah” turut diadakan dengan penyertaan 290 ibu bapa dan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.

Advertisement
Sebanyak 100 murid berusia antara lima hingga 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Tohog pula, didedahkan dengan “Program Misi Cilik: Sayangi Negara”, yang menggunakan pendekatan interaktif bagi menyemai semangat cintakan negara pada peringkat awal.

Mengakhiri program jelajah itu, filem Paskal ditayangkan kepada pelajar SMK Banggi dan penduduk tempatan, sebagai usaha menterjemahkan mesej cakna pertahanan melalui medium hiburan yang berilmiah.

Advertisement
Menurut kenyataan Mindef itu secara keseluruhannya, penganjuran program jelajah tersebut bukan sahaja menjayakan kerangka WoGos, malah memperkukuh secara langsung elemen Kerjasama Awam Tentera (CIMIC).

“Inisiatif ini bertepatan dengan hala tuju strategik negara seperti didukung melalui Kertas Putih Pertahanan (KPP), yang komited dalam membina daya tahan komuniti serta mengangkat rakyat sebagai rakan strategik pertahanan demi kelangsungan kedaulatan tanah air,” menurut kenyataan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here