Tue, 14 Jul 2026
Headlines:
Sukarelawan Muda SMJ perkasa modal insan belia
Published on: Monday, July 13, 2026
Published on: Mon, Jul 13, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Sukarelawan Muda SMJ perkasa modal insan belia
AHMAD menyerahkan cenderamata poster baju rasmi Sukarelawan Muda SMJ kepada Nizam.
TAWAU: Sukarelawan Muda Sabah Maju Jaya (SMSMJ) kini dilancarkan secara rasmi ke arah memperkasakan modal insan belia berkualiti tinggi, berkemahiran, berdaya saing dan inklusif bagi memacu pertumbuhan masa depan Sabah seiring matlamat Kerajaan Negeri.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata SMSMJ menjadi inisiatif terbaharu di bawah kementeriannya bagi mendorong perubahan kelangsungan belia yang lebih positif mencakupi pelbagai bidang di seluruh pelusuk negeri.

Advertisement
“Langkah strategik memperkenalkan program baharu ini dizahirkan selaras dengan agenda Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ demi melahirkan generasi muda yang berintegriti, bersemangat tinggi dan lebih berkomitmen menjadi belia yang cemerlang.

“SMSMJ juga berbeza dengan badan bukan kerajaan (NGO) belia dan tidak diletakkan di bawah Majlis Belia Sabah (MBS) sebaliknya terhubung langsung di bawah pemantauan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK),” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Nizam berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas berucap dan mengumumkan peluncuran SMSMJ semasa Karnival Belia Sabah 2026 sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 di Kompleks Sukan Tawau pada Sabtu.

Menurutnya peranan SMSMJ juga bukan sekadar berfokus kepada aktiviti kebajikan semata-mata tetapi gerakan terbabit diwujudkan bagi memberi impak yang lebih menyeluruh termasuk penyediaan bantuan dari segi latihan kemahiran kepada golongan belia lain.

Advertisement
“Badan sukarelawan ini turut bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ rasmi kerajaan bagi memastikan maklumat, dasar dan agenda pembangunan yang dibawa oleh pentadbiran masa kini dapat disampaikan secara telus, terus ke peringkat akar umbi”, katanya.

Mengulas lanjut kumpulan sasar SMSMJ juga menetapkan penyertaan dalam kalangan mereka berumur antara 18 hingga 30 tahun dan terbuka kepada semua anak muda di seluruh negeri yang berminat untuk menyertai badan sukarelawan baharu itu.

Advertisement
“Fokus utama kita tidak terhad kepada anak muda yang aktif dalam NGO belia sedia ada tetapi turut membuka ruang seluas-luasnya kepada belia di luar sistem sekolah dan lepasan sekolah untuk membina semangat kesukarelawanan,” katanya.

Ditanya berkaitan pelan pelaksanaan SMSMJ pula beliau berkata program itu menjadi model baharu pembangunan generasi muda di peringkat negeri dengan pemupukan semangat kesukarelawanan yang mengambil inspirasi daripada pergerakan program Rakan Muda di peringkat persekutuan.

Tambahnya sukarelawan terbabit boleh dilibatkan dalam penyebaran maklumat sahih berkaitan dasar Kerajaan Negeri seperti 14 inisiatif khusus untuk memperkasakan golongan muda termasuk pengumuman terbaharu mengenai penyediaan Rumah Belia SMJ iaitu sebanyak 10 unit bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh Sabah.

“Melalui SMSMJ ini, ahli-ahlinya akan dilatih untuk membantu masyarakat setempat dalam memahami dasar, menyebarluaskan maklumat serta membimbing cara-cara membuat permohonan pelbagai bantuan dan insentif yang kerajaan sediakan”, katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here