Sun, 26 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Ketua Menteri arah gerak aset percepat operasi menyelamat
Published on: Sunday, July 26, 2026
Published on: Sun, Jul 26, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Ketua Menteri arah gerak aset percepat operasi menyelamat
Hajiji turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas dan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera berpindah sekiranya diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semua agensi berkaitan untuk menggerakkan segala aset serta tenaga kerja bagi mempercepat operasi menyelamat penduduk terlibat.

Beliau berkata keutamaan kerajaan negeri adalah untuk memastikan keselamatan nyawa rakyat, di samping semua mangsa menerima bantuan dan keperluan asas dengan segera.

Advertisement
“Saya ingin merakamkan rasa simpati kepada semua mangsa terjejas banjir di Tawau serta beberapa kawasan sekitarnya.

“Saya telah mengarahkan semua agensi berkaitan untuk menggerakkan segala aset dan tenaga bagi mempercepat operasi menyelamat, pemindahan mangsa, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas,” katanya menerusi hantaran Facebook, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Hajiji turut mengingatkan penduduk di kawasan terjejas dan berisiko agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera berpindah sekiranya diarahkan demi keselamatan diri dan keluarga.

“Semoga keadaan kembali pulih dengan segera. Saya juga mendoakan agar semua mangsa dipermudahkan urusan, dilindungi daripada sebarang musibah dan semoga seluruh anggota pasukan penyelamat diberikan kekuatan serta keselamatan dalam menjalankan tugas,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here