Tue, 14 Jul 2026
Headlines:
Cadangan fasiliti, isu setempat diambil perhatian: Menteri
Published on: Monday, July 13, 2026
Published on: Mon, Jul 13, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Cadangan fasiliti, isu setempat diambil perhatian: Menteri
ARIFIN (tengah) bersama rombongan bergambar sama di hadapan bangunan Majlis Daerah Kunak dalam siri Jelajah Aspirasi Menteri (JAM) pada Sabtu.
KUNAK: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri sedia meneliti dan mengambil perhatian berkenaan beberapa cadangan untuk menambah baik kemudahan dan membangunkan fasiliti yang ‘mendesak’ termasuk isu-isu setempat yang dihadapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Kunak (MDKNK) di sini.

Menterinya, Datuk Mohd Arifin Arif berkata beberapa cadangan termasuk pembangunan yang telah dirancang sebelum ini memerlukan perhatian daripada kementerian untuk diambil tindakan demi manfaat kepada Majlis dan juga masyarakat seluruhnya.

Advertisement
Arifin yang juga Exco Agama Negeri Sabah berkata, beberapa cadangan termasuk keperluan pembinaan Masjid baharu daerah Kunak, bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) serta keperluan penambahbaikan surau-surau yang telah daif memerlukan perhatian kerajaan dan agensi berkaitan.

Perkara itu dikemukakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap Adun Kunak, Dato Sri Anil Sandhu dalam pertemuannya sebelum ini, dan semasa siri jelajah itu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Ada beberapa perkara yang saya lihat dan akan perincikan antaranya prasarana di kawasan ini terutama yang melibatkan kementerian saya, termasuk juga keperluan bangunan Mahkamah Anak Negeri, masjid daerah, surau-surau yang daif, termasuk menambah bilangan pegawai penguatkuasa dan kakitangan Majlis daerah mengikut keperluan,” kata Arifin kepada media semasa ditemui dalam Program Jelajah Aspirasi Menteri (JAM) Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ke Majlis Daerah Kunak pada Sabtu.

Program itu merupakan siri jelajah ke-17 yang diadakan melibatkan lawatan ke daerah-daerah sekitar Sabah. Turut hadir dalam rombongan itu, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Maijol Mahap serta pegawai-pegawai kementerian. 

Advertisement
Arifin bersama rombongan turut meninjau bangunan baharu Majlis Daerah Kunak yang disertai Pegawai Eksekutif MDKNK, Mohd Nazri Pintal.

Dalam majlis sama, Arifin menyampaikan bantuan kepada institusi masjid dan badan dakwah yang disumbangkan melalui Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Advertisement
Arifin berkata, perkara yang sangat penting juga adalah untuk menambah Pusat Pelupusan Sampah (PPS) yang mana ketika ini Majlis Daerah Kunak difahamkan masih bergantung kepada satu kawasan seluas 15 ekar yang disewa daripada pemilik individu di Pangkalan Madai.

Dalam perkembagan sama, beliau akan berbincang dengan kakitangan di peringkat pusat dan mencari pendekatan strategik agar Majlis Daerah Kunak boleh menambah pendapatannya supaya PBT itu boleh bergerak lebih jauh ke hadapan dan berdikari berdasarkan sumber tertentu termasuk cukai.

Katanya, potensi daerah Kunak yang berorientasikan pelbagai bidang termasuk dalam sektor perladangan, pertanian, pelancongan, perniagaan termasuk penyediaan rumah-rumah kedai adalah antara sumber kekuatan pertumbuhan ekonomi.

Beliau melihat Kunak boleh bergerak maju ke hadapan menerusi pelan terancang dan sistematik dengan konsep mapan dan teratur. 

Sementara itu, Adun Kunak Dato Sri Anil Sandhu berkata, beliau menghargai komitmen daripada kementerian kerajaan tempatan dan perumahan yang turut meneliti cadangan dan pembangunan semasa yang telah dirancang untuk direalisasi sesuai dengan keperluan sosioekonomi tempatan, keupayaan kapasiti komuniti bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang.

Anil turut mencadangkan supaya Program kedua Perumahan Rakyat (PPR) di Kunak dapat dilaksanakan memandangkan keperluan kemudahan rumah masih mendapat permintaan tinggi daripada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya ketika ini, hanya satu PPR di daerah itu melibatkan 400 unit kediaman dengan empat blok di Perumahan Rakyat Sri Pangkalan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here