Mon, 27 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Lebih 5,000 terjejas bekalan akibat penutupan LRA
Published on: Monday, July 27, 2026
Published on: Mon, Jul 27, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lebih 5,000 terjejas bekalan akibat penutupan LRA
OPERASI LRA Balung terpaksa dihentikan sementara apabila bangunan loji dimasuki air banjir.
TAWAU: Kira-kira 5,578 pengguna air di sini terjejas susulan penutupan sementara Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Apas Balung 1 dan 2, LRA Utara serta LRA Cinta Mata akibat banjir di daerah ini, pada Sabtu. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata operasi LRA Apas Balung 1 dan 2 terpaksa dihentikan sementara selepas kawasan loji ditenggelami air sepenuhnya yang mengakibatkan kerosakan kepada kemudahan serta komponen utama mekanikal dan elektrikal.

Advertisement
Menurutnya, pasukan operasi dan teknikal Jabatan Air Bahagian Tawau sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh, kerja-kerja pembersihan loji serta pembaikan komponen yang terjejas bagi memastikan operasi LRA Apas Balung 1 dan 2 dapat dioperasikan semula dengan selamat. 

Dr Joachim yang juga Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabahm berkata LRA Utara dan LRA Cinta Mata sudah kembali beroperasi serta pengeluaran air terawat sedang ditingkatkan secara berperingkat bagi membantu menstabilkan bekalan air kepada pengguna. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Katanya, Jabatan Air Bahagian Tawau turut mengaktifkan pelan mitigasi sementara termasuk penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki air ke kawasan-kawasan terjejas untuk mengurangkan impak gangguan bekalan.

Beliau berkata Jabatan Air Sabah mengambil maklum dan memahami kesulitan pengguna akibat gangguan bekalan terbabit dan sedang melaksanakan pelbagai tindakan bagi memulihkan bekalan air secepat mungkin. 

Advertisement
“Segala usaha sedang dipergiatkan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan memastikan sistem bekalan air dapat distabilkan dengan kadar segera,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here