Sun, 5 Jul 2026
Headlines:
Penganjur jamin himpunan aman
Published on: Saturday, July 04, 2026
Published on: Sat, Jul 04, 2026
Text Size:
Text:
Penganjur jamin himpunan aman
Zulkarnain mengalu-alukan kelulusan polis terhadap penganjuran perhimpunan itu serta menzahirkan penghargaan atas kerjasama pihak berkuasa dalam memelihara hak rakyat untuk berhimpun secara aman selaras dengan undang-undang.
Kota Kinabalu: Penganjur Himpunan Aman Bangkit Sabahan 2.0 memberi jaminan bahawa perhimpunan yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (Ahad) di Dataran Deasoka akan diadakan secara aman, teratur serta mematuhi sepenuhnya semua syarat yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penasihat Bangkit Sabahan 2.0, Datuk Zulkarnain Mahdar, mengalu-alukan kelulusan polis terhadap penganjuran perhimpunan itu serta menzahirkan penghargaan atas kerjasama pihak berkuasa dalam memelihara hak rakyat untuk berhimpun secara aman selaras dengan undang-undang.

Advertisement
Beliau berkata penganjur komited untuk mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh polis dan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran perjalanan perhimpunan di samping mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam.

“Kami menjamin semua syarat yang ditetapkan oleh pihak polis akan dipatuhi sepenuhnya. Saya berharap semua peserta dapat memberikan kerjasama kepada polis, mematuhi semua peraturan serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan atau mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurut Zulkarnain, Himpunan Aman Bangkit Sabahan 2.0 bukan sahaja bertujuan menghimpunkan rakyat Sabah secara aman, malah menjadi platform kepada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan negeri.

Katanya, perhimpunan itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat di Sabah.

Advertisement
Antara objektif himpunan itu ialah menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menzahirkan kecintaan terhadap negeri ini serta menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Perhimpunan itu juga bertujuan menyediakan ruang kepada orang ramai untuk menyuarakan pandangan secara aman dalam kerangka undang-undang.

Advertisement
Zulkarnain berkata peserta digalakkan memakai pakaian berwarna hitam sebagai tema rasmi perhimpunan, yang menurutnya melambangkan perpaduan, solidariti dan iltizam rakyat Sabah untuk menyuarakan aspirasi secara aman di samping menunjukkan komitmen bersama dalam mempertahankan kepentingan negeri.

Beliau turut menggesa semua peserta supaya berdisiplin, menghormati arahan polis dan bekerjasama bagi memastikan perhimpunan itu berlangsung secara aman, teratur serta bertanggungjawab.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, Himpunan Aman Bangkit Sabahan 2.0 akan menjadi satu perhimpunan yang matang, aman dan bertanggungjawab, sekali gus membuktikan rakyat Sabah mampu menyuarakan pandangan melalui saluran yang sah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here