Sun, 5 Jul 2026
Headlines:
Sabah Moto Day 9.0 ditunda ke 12 – 13 Sept
Published on: Saturday, July 04, 2026
Published on: Sat, Jul 04, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah Moto Day 9.0 ditunda ke 12 – 13 Sept
Kota Kinabalu: Program Sabah Moto Day (SMD) 9.0 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 September ini, dipinda ke 12 dan 13 September 2026 bagi membolehkan lebih ramai peminat sukan dua roda menyertai program berkenaan.

Pengerusi Skuad Antidadah Sabah yang juga penganjur bersama, Datuk Mazlan @Joehari Manan (gambar) berkata, perubahan tarikh itu dibuat selepas pihak penganjur menerima banyak permintaan, sokongan dan cadangan daripada komuniti peminat motosikal sejak penganjuran edisi terdahulu.

Advertisement
Pada masa sama, katanya, program yang sebelum ini dijadualkan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kini akan berlangsung di kawasan parkir Kompleks Sukan Likas, manakala majlis perasmian dijadualkan akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada 13 September.

“Perubahan tarikh ini dibuat bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat sukan dua roda untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan SMD 9.0. Kami berharap sambutan pada edisi kali ini akan lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai kelab motosikal serta masyarakat dari seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Mazlan, yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, berkata SMD 9.0 masih mengekalkan konsep penganjuran sebelum ini dengan pelbagai pengisian termasuk ceramah keselamatan dan peraturan jalan raya, sesi perkongsian, pengisian rohani, khidmat masyarakat serta aktiviti sukan dan gaya hidup sihat.

Menurutnya, program berkenaan juga akan terus menjadi platform menyampaikan mesej antidadah kepada masyarakat di samping menghimpunkan peminat sukan dua roda dalam satu program berskala besar.

Advertisement
Katanya, majlis penutupan Jerayawara Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah bersama Skuad Dua Roda Antidadah Sabah akan turut diadakan sempena program tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua peminat sukan dua roda hadir beramai-ramai bagi menjayakan SMD 9.0 serta memanfaatkan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Advertisement
Pada masa sama, Mazlan turut mengingatkan semua peserta dan pengunjung supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengutamakan aspek keselamatan ketika menunggang atau memandu.

“Semoga SMD 9.0 terus menjadi platform penyatuan komuniti dua roda serta memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap agenda antidadah, keselamatan jalan raya dan amalan gaya hidup sihat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here