Wed, 8 Jul 2026
Headlines:
Dua lelaki cedera kereta dinaiki terbabas
Published on: Tuesday, July 07, 2026
Published on: Tue, Jul 07, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Dua lelaki cedera kereta dinaiki terbabas
Tuaran: Dua lelaki cedera selepas kereta Proton Saga dinaiki tiga individu terbabas dalam kemalangan di Jalan Kampung Berungis pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Kurong Ak Beki berkata pihak pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.31 malam sebelum lapan anggota dikerah ke lokasi bersama sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Advertisement
“Setibanya di lokasi pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga yang terbabas sendiri dengan seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan. 

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum pasukan EMRS memberikan rawatan awal,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurutnya pemandu berusia 54 tahun dan seorang penumpang berusia 48 tahun mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan jentera EMRS dan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.03 malam.

Sementara itu dalam kejadian berasingan pada hari sama sebuah kereta jenis Perodua Kancil musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Lapasan, Telipok.

Advertisement
Kurong Ak kejadian dimaklumkan kepada pihaknya pihaknya pada jam 9.44 malam sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi. 

Pasukan bomba tiba pada jam 10.03 malam dan mendapati kenderaan erbabit sudah terbakar 100 peratus namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.15 malam sebelum ditamatkan pada jam 10.30 malam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here