Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Penjual makanan didenda jual ayam masak lemak tercemar
Published on: Thursday, July 09, 2026
Published on: Thu, Jul 09, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penjual makanan didenda jual ayam masak lemak tercemar
Kesalahan itu melanggar Peraturan 39(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang melarang penjualan makanan sedia dimakan yang tercemar dengan mikroorganisma patogen dan boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) peraturan sama yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kota Kinabalu: Seorang penjual makanan didenda RM3,500 atau dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah menjual hidangan ayam masak lemak yang tercemar di Bazar Ramadan Kepayan Point, awal tahun ini.

Salbiah Laturu, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Advertisement
Mengikut pertuduhan Salbiah menjual makanan sedia dimakan iaitu ayam masak lemak yang tercemar dengan bakteria patogen Staphylococcus aureus di gerai Nasi Bujang Berlauk Abe Wie, Bazar Ramadan Kepayan Point, Penampang pada jam 4.50 petang, 23 Februari lalu.

Kesalahan itu melanggar Peraturan 39(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang melarang penjualan makanan sedia dimakan yang tercemar dengan mikroorganisma patogen dan boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) peraturan sama yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Pegawai Pendakwa Kesihatan Rals Benjamin Yakod berkata pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Penampang menjalankan pensampelan makanan secara rutin menerusi Ops Ramadan 2026 di Bazar Ramadan Kepayan Point.

Menurutnya pegawai memilih secara rawak dua gerai makanan untuk diperiksa dan mengambil sampel dua jenis makanan sedia dimakan termasuk ayam masak lemak dari gerai Salbiah, di hadapan wakil gerai berkenaan.

Advertisement
Katanya sampel makanan itu dilabel dengan sempurna, dibeli oleh pegawai penguat kuasa dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu untuk dianalisis bagi mengesan kehadiran bakteria Bacillus cereus, Salmonella dan Staphylococcus aureus.

Pada 19 Mac lalu Pejabat Kesihatan Penampang menerima laporan makmal yang mengesahkan sampel ayam masak lemak tersebut positif Staphylococcus aureus dengan keputusan direkodkan sebagai “dikesan tetapi kurang daripada 400 CFU/g” manakala satu lagi sampel didapati mematuhi keperluan keselamatan makanan.

Advertisement
Pendakwaan memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan menegaskan bahawa Peraturan-Peraturan Makanan 1985 digubal bagi melindungi pengguna daripada bahaya makanan tercemar selain menyifatkan kesalahan itu sebagai pelanggaran terhadap keselamatan awam.

Rals memberitahu mahkamah bahawa Staphylococcus aureus menghasilkan toksin yang tahan haba dan boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius, muntah, kekejangan perut serta cirit-birit.

Dalam kes melibatkan kanak-kanak atau warga emas, keadaan itu boleh mengakibatkan dehidrasi kritikal atau membawa maut.

Beliau berkata kebanyakan kes keracunan makanan di Malaysia berpunca daripada amalan pengendalian makanan yang tidak bersih serta kegagalan mengekalkan suhu penyimpanan makanan yang sesuai sekali gus menggalakkan pembiakan bakteria.

Tambahnya Kementerian Kesihatan merekodkan 12,821 kes keracunan makanan pada 2025 manakala sebanyak 707 wabak keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara pada 2024.

Sehubungan itu pendakwaan memohon mahkamah mengutamakan kepentingan awam berbanding kepentingan individu dengan menjatuhkan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada pengendali makanan lain serta memperkukuh usaha melindungi kesihatan awam.

Salbiah telah menjelaskan bayaran denda yang dikenakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here