Sat, 11 Jul 2026
Headlines:
Peniaga didenda, ugut dan maki bekas isteri
Published on: Friday, July 10, 2026
Published on: Fri, Jul 10, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Peniaga didenda, ugut dan maki bekas isteri
Dia didakwa mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(1) ordinan sama yang memperuntukkan denda sehingga RM25 jika disabitkan kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang peniaga berusia 38 tahun didenda RM25 atau penjara tiga hari oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut memukul bekas isterinya selepas ditegur kerana mengabaikan anjing peliharaan mereka.

Mohd Afiz Jamil mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat dan mengugut untuk memukul Sayyida Afiqa dengan niat menimbulkan ketakutan di sebuah rumah sewa di Kampung Diampong Tarawi, Putatan pada jam 3 petang, 2 Jun lalu.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(1) ordinan sama yang memperuntukkan denda sehingga RM25 jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, pengadu menegur bekas suaminya kerana gagal memberi makan serta mengabaikan anjing peliharaan mereka selama tiga hari sehingga tercetus pertengkaran.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Ketika pertengkaran itu tertuduh mengugut untuk memukul pengadu, memakinya dan membaling beberapa barang di dalam rumah.

Tertuduh kemudian mengambil sebilah parang dan menghayunkannya ke arah pengadu sehingga menyebabkan wanita itu ketakutan namun tidak meneruskan serangan.

Advertisement
Bimbang akan keselamatannya, pengadu membuat laporan polis.

Mohd Afiz ditahan polis pada jam 11.55 malam hari yang sama.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 33 tahun dipenjara empat bulan dan didenda RM2,000 atau penjara dua bulan kerana memiliki harta curi.

Ahmad Abdullah mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan menyimpan secara tidak jujur sebuah telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank Public Bank milik Jumaidah Mahmood.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik sewa di tingkat empat, Kampung Air pada jam 11 malam, 5 Julai lalu.

Ahmad Abdullah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa pengadu membuat laporan polis selepas mendapati telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank dan wang tunainya hilang dari bilik sewanya pada jam 9.20 pagi hari kejadian.

Siasatan mendapati pengadu meninggalkan biliknya tanpa berkunci ketika mandi selama kira-kira 20 minit.

Selepas keluar dari bilik air dia tidak menyedari barang-barangnya telah hilang.

Kira-kira 10 minit kemudian dia terdengar bunyi penggera telefon bimbitnya dari bilik yang bertentangan.

Pengadu mengetuk pintu bilik itu namun Ahmad mengambil masa sebelum membuka pintu dan menafikan memiliki telefon berkenaan.

Susulan laporan polis yang dibuat Ahmad ditahan di bilik sewa terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kareena Kaur Gill Karamjit Singh dan Inspektor Dzulfamie Amrin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here