TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Tambunan Dr Rockey Jerome Budin menggesa Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengkaji semula cadangan menutup cawangan JPJ Tambunan yang dijadualkan berkuatkuasa pada 31 Ogos.
Beliau berkata sekiranya cadangan itu dilaksanakan ia bukan sahaja menyukarkan urusan harian orang ramai malah mengurangkan akses kepada perkhidmatan penting kerajaan bagi penduduk di kawasan pedalaman.
“Jika cawangan JPJ Tambunan ditutup semua urusan berkaitan perlu dilakukan di cawangan JPJ Keningau yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Tambunan,” katanya pada Sabtu.
Rockey yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) daerah berpendapat perjalanan ke Keningau yang mengambil masa hampir sejam sehala akan menyebabkan urusan yang lazimnya dapat diselesaikan dalam tempoh sejam memerlukan hampir sehari.
Advertisement





