Wed, 15 Jul 2026
Headlines:
Aspirasi hab latihan ketenteraan serantau melalui Keris Strike
Published on: Tuesday, July 14, 2026
Published on: Tue, Jul 14, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Aspirasi hab latihan ketenteraan serantau melalui Keris Strike
MOHD Sofi (ketiga, kiri) bersama Karin (ketiga, kanan) dan Glenn (kiri) pada upacara pembukaan Eksesais Keris Strike, Isnin. – fotoBERNAMA
KOTA BELUD: Malaysia sedang mempergiat usaha untuk muncul sebagai hab latihan ketenteraan serantau menerusi Eksesais Keris Strike Siri 31/2026 yang akan mengesahkan konsep bagi penubuhan Pusat Latihan Tempur Serantau di negara ini.

Latihan berkenaan yang berlangsung di Sabah buat kali kedua bermula Isnin hingga 27 Julai itu, menghimpunkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Darat Amerika Syarikat (USARPAC) dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF), dengan sokongan Joint Pacific Multinational Readiness Centre-Exportable (JPMRC-X).

Advertisement
Sebanyak 2,845 anggota menyertai eksesais berkenaan, termasuk 362 pegawai dan 2,483 anggota lain-lain pangkat daripada angkatan tentera ketiga-tiga negara yang menyertai latihan itu.

Panglima Medan Timur TDM Lt Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata antara objektif utama latihan berkenaan ialah melaksanakan JPMRC menerusi Eksesais Keris Strike 31/2026, sekali gus mengesahkan konsep penubuhan Pusat Latihan Tempur Serantau di Malaysia.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata latihan tahunan itu terus memperkukuh kerjasama operasi, kesalingoperasian serta persefahaman bersama antara pasukan tentera yang mengambil bahagian.

“Apa yang bermula sebagai latihan ketenteraan dua hala kini berkembang menjadi platform utama bagi memperkukuh kerjasama operasi, meningkatkan  kesalingoperasian serta mempromosikan kestabilan serantau menerusi penglibatan ketenteraan yang bermakna,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Eksesais Keris Strike di sini, Isnin.

Advertisement
Mohd Sofi berkata latihan berkenaan turut bertujuan menggalakkan penglibatan ketenteraan pelbagai hala yang berterusan, memperkukuh kerjasama strategik serta memupuk hubungan baik bagi menambah baik dan mengekalkan operasi serta prosedur bersama.

Beliau berkata pasukan yang mengambil bahagian akan melaksanakan Latihan Staf (Staffex) peringkat briged, Latihan Medan (FTX), operasi tembakan tepat jarak jauh bersepadu serta operasi penerbangan, selain meningkatkan kesalingoperasian, pembangunan kepimpinan dan pemahaman budaya menerusi latihan gabungan bersenjata.

Advertisement
Beliau berkata latihan itu mencerminkan komitmen bersama negara-negara terbabit dalam mengekalkan angkatan tentera yang berkeupayaan, profesional dan diyakini, selain bersedia menghadapi cabaran operasi pada masa hadapan.

Sementara itu, Penolong Penasihat Pertahanan Australia Lt Kol Glenn Sheridan berkata latihan berkenaan memberi pengalaman berharga kepada anggota tentera Australia untuk menjalani latihan dalam persekitaran operasi mencabar di Malaysia, khususnya kawasan hutan serta iklim tropika.

“Ini adalah peluang untuk berlatih dalam persekitaran berbeza. Malaysia mempunyai beberapa cabaran besar yang tidak kami hadapi di Australia berikutan bentuk muka bumi yang kompleks dengan kawasan hutan serta cuaca panas. Jadi, ia peluang terbaik untuk anggota kami benar-benar mencabar diri dan merasai pengalaman baharu,” katanya.

Sheridan berkata eksesais berkenaan membolehkan anggota tentera Australia memperkukuh kesalingoperasian dengan rakan sejawatan dari Malaysia dan Amerika Syarikat menerusi latihan gabungan serta operasi bersama.

Sementara itu, Adjutant Jeneral (TAG) Pengawal Kebangsaan Guam Brig Jen Karin Watson berkata penyertaan kali pertama Guam dalam Eksesais Keris Strike membuka ruang kepada anggotanya untuk berlatih bersama negara rakan dalam skala yang jarang diperoleh sebelum ini.

“Peluang bekerjasama dengan negara dan rakan kongsi kami amat besar maknanya. Kami tidak sering mendapat peluang untuk menjalani latihan pada skala besar seperti ini. Keupayaan menghimpunkan semua kemampuan untuk  anggota saya dalam pasukan Pengawal Kebangsaan Guam, adalah sesuatu yang amat mengagumkan,” katanya.

Watson turut merakamkan penghargaan kepada TDM atas layanan mesra, profesionalisme dan komitmen sepanjang latihan berkenaan, sambil menyifatkan pengalaman itu sebagai sangat mengagumkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here