Wed, 15 Jul 2026
Headlines:
Sabah buka pintu pelabur berimpak
Published on: Tuesday, July 14, 2026
Published on: Tue, Jul 14, 2026
By: Larry Ralon, Mohd Ameerul Amde
Text Size:
Text:
Sabah buka pintu pelabur berimpak
Hajiji berkata sidang kemuncak itu amat tepat pada masanya kerana menyediakan platform kepada pemimpin pemikiran untuk membincangkan pelaburan berimpak dalam konteks pembangunan mampan.
Kota Kinabalu: Sabah mengalu-alukan pelabur serius untuk datang dan mewujudkan kerjasama yang saling menguntungkan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, dengan ekonomi negeri yang kini berubah daripada bergantung kepada sektor primer kepada ekonomi yang lebih pelbagai, Sabah perlu menarik pelabur yang mampu menghasilkan pembangunan dengan impak nyata.

Advertisement
“Seiring dengan matlamat ekonomi Malaysia yang lebih luas, komitmen kami terhadap pertumbuhan kekal teguh. Sabah terbuka untuk perniagaan,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Pelaburan Berimpak Asia Pasifik untuk Pembangunan Mampan Sabah di Magellan Sutera Resort, pada Isnin.

Masidi

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Hajiji berkata sidang kemuncak itu amat tepat pada masanya kerana menyediakan platform kepada pemimpin pemikiran untuk membincangkan pelaburan berimpak dalam konteks pembangunan mampan.

“Kami mengiktiraf bahawa pelaburan berimpak pada asasnya bermaksud menyalurkan modal ke dalam pelaburan yang menjana manfaat sosial dan alam sekitar yang boleh diukur, di samping pulangan kewangan.

Advertisement
“Sabah menantikan pelabur yang dapat menggabungkan kepakaran, pengalaman dan pembiayaan untuk memajukan pembangunan inklusif, sosial dan ekologi dengan hasil yang nyata,” katanya.

Beliau berkata sidang kemuncak itu menandakan langkah penting dalam usaha Sabah menjadi antara pusat utama pembangunan mampan dan pelaburan berimpak di rantau Asia Pasifik.

Advertisement
Dua bulan lepas, katanya, beliau berucap di suatu Kemuncak Kemampanan di sini beliau menjelaskan, Sabah sudah lama melindungi hutan, lautan, hidupan liar dan ekosistemnya, malah sebelum pun kelestarian menjadi agenda antarabangsa, dengan hampir 30 peratus keluasan tanah negeri kini berada di bawah Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA).

Beliau berkata Sabah juga mengekalkan status sebagai penyerap karbon bersih berdasarkan data inventori gas rumah hijau, disokong oleh kawasan hutan yang luas.

“Pendekatan pengurusan hutan yang inklusif bersama komuniti tempatan membolehkan kita mengimbangi pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan sosioekonomi rakyat. Hati dan jiwa Sabah berakar umbi dalam warisan semula jadi kami. Itulah diri kami,” katanya.

Pada masa sama, Hajiji menegaskan keperluan pembangunan Sabah masih mendesak, termasuk jalan raya yang lebih baik, bekalan elektrik yang lebih stabil, air bersih dan peluang ekonomi yang lebih luas.

“Soalnya bukan sama ada memilih kemampanan atau pembangunan, tetapi bagaimana menjadikan kemampanan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi sebenar,” katanya.

Beliau berkata rantau Asia Pasifik berada pada kedudukan strategik untuk pertumbuhan pesat hasil ekonomi yang dinamik, urbanisasi yang pantas dan potensi pasaran yang berkembang, sekali gus menarik peluang pelaburan.

“Dunia memandang Asia Pasifik bukan sahaja kerana potensi ekonominya, tetapi juga kepimpinan pemikiran dalam sektor seperti teknologi, tenaga hijau dan pembangunan mampan,” katanya.

“Forum seperti kemuncak ini menyediakan platform ideal untuk pemimpin industri menjalin kerjasama global dan memperkenalkan penyelesaian transformatif,” katanya.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi George Town Institute of Open and Advanced Studies (GIOAS) di Wawasan Open University, Pulau Pinang,

Tan Sri Andrew Sheng dan pasukannya kerana menganjurkan sidang kemuncak itu bersama Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here