Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
PH Blitz tempat ketiga kategori veteran Pickleball Wanita 2026
Published on: Thursday, July 16, 2026
Published on: Thu, Jul 16, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
PH Blitz tempat ketiga kategori veteran Pickleball Wanita 2026
ABLIN dan Alice (kanan) bersama Tengku Aini.
Kota Kinabalu: Atlet wanita dari Keningau terus mencipta nama dalam arena pickleball Sabah yang semakin berkembang selepas meraih tempat ketiga dalam kategori veteran di Kejohanan Pickleball Wanita 2026, sekali gus membuktikan bahawa bakat dari kawasan luar bandar mampu bersaing dengan atlet terbaik negeri ini.

Kejayaan itu diraikan oleh isteri kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, Datin Tengku Aini Tengku Ibrahim, yang hadir menyaksikan kejohanan dua hari itu di Pickle Collective, Sutera Harbour, bagi memberi sokongan kepada atlet yang bertanding.

Advertisement
Mewakili pasukan PH Blitz, gandingan Alice Ng See Yin dan Ablin Foh Nyuk Moi dari Keningau mempamerkan semangat juang, kerjasama berpasukan dan konsistensi sepanjang kejohanan sebelum berjaya menaiki podium dalam saingan sengit menentang peserta berpengalaman dari seluruh Sabah.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet itu, Tengku Aini menyifatkan kejayaan mereka sebagai hasil disiplin yang teguh, komitmen terhadap latihan berkala serta semangat juang yang tinggi dan mengagumkan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja menjadi kebanggaan bagi Keningau malah merupakan bukti kukuh bahawa atlet dari komuniti luar bandar mempunyai keupayaan untuk mencapai kecemerlangan apabila diberikan peluang, bimbingan yang sewajarnya serta galakan berterusan.

“Kejayaan yang dicapai oleh Alice dan Ablin wajar memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita, khususnya dari kawasan luar bandar, untuk aktif dalam sukan dan mengejar kecemerlangan. Pencapaian mereka membuktikan bahawa dedikasi dan kegigihan mampu mengatasi kekangan geografi,” katanya.

Advertisement
Kejohanan itu menarik penyertaan 160 pemain wanita yang membentuk 80 pasangan dari seluruh Sabah, bersaing dalam tiga kategori — novice (pemula), intermediate (pertengahan) dan veteran — yang mencerminkan perkembangan pesat sukan pickleball dalam kalangan wanita di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here