Tue, 21 Jul 2026
Headlines:
Arthur: Naik taraf jalan di Pensiangan selesai
Published on: Saturday, July 18, 2026
Published on: Sat, Jul 18, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Arthur: Naik taraf jalan di Pensiangan selesai
Kota Kinabalu: Jalan ke pekan Pensiangan dari Pagalungan kini siap diturap, sekali gus memendekkan tempoh perjalanan dan meningkatkan akses penduduk ke kawasan pedalaman Sabah.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (gambar) berkata projek itu antara janji manifestonya sebagai Ahli Parlimen Pensiangan untuk menaik taraf jalan Sapulut-Salong-Pagalungan-Pensiangan.

Advertisement
Arthur berkata dalam lawatan kerja baru-baru ini, beliau turut meninjau status pembinaan infrastruktur berkenaan yang menyaksikan jumlah kenderaan di pekan Pensiangan semakin meningkat kerana keadaan jalan yang kini bertambah baik.

“Sekarang mudah untuk seluruh masyarakat termasuk guru, doktor dan jururawat untuk sampai ke sana. Perjalanan dari Keningau ke pekan Pensiangan sekarang hanya mengambil masa tiga jam berbanding dahulu boleh sampai enam jam lebih dan sekiranya cuaca tidak baik boleh terkandas lagi.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Sekarang tidak lagi, sekarang kita sampai dalam keadaan selesa dan selamat! Sekarang ramai golongan belia pun mula balik ke kampung untuk mengusahakan tanah serta menjana ekonomi tempatan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook di sini, Jumaat.

Arthur berkata pembangunan jalan itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pembangunan yang diusahakannya sejak beberapa tahun lepas bagi mentransformasikan kawasan pedalaman Sabah, khususnya di Parlimen Pensiangan.

Advertisement
Katanya, bagi Fasa 4, rangkaian jalan baharu itu akan dihubungkan sehingga ke sempadan Kalimantan, Indonesia bagi menambah peluang ekonomi dan pelancongan kepada penduduk.

“Pelan induk itu turut merangkumi beberapa projek pembangunan lain termasuk Jalan Sinaron ke Linayukan, Tongod yang telah siap, Jalan Rancangan Belia Tiulon ke Simbuan yang sedang dilaksanakan, pembinaan kilang kopi Sapulut yang sedang dibina serta naik taraf kemudahan jeti dan bot di Pangkalan Salong yang hampir siap,” katanya.

Advertisement
Arthur berkata turut dilaksanakan projek naik taraf rangkaian telefon dan internet, pembinaan pusat pengumpulan tani, Bangunan Tamu Pagalungan dan Agrobazaar Salong yang telah siap di samping pembinaan pusat imigresen dan kastam di laluan sempadan ke Kalimantan yang dalam proses serta Bangunan Pusat Tingkatan Enam pertama bagi daerah Nabawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Nabawan yang telah siap.

Beliau berkata pelaksanaan projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur, merangsang ekonomi tempatan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat di pedalaman Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here