Tue, 21 Jul 2026
Headlines:
Arthur: Tambah baik bantuan diesel, lindungi pengguna luar bandar
Published on: Monday, July 20, 2026
Published on: Mon, Jul 20, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Arthur: Tambah baik bantuan diesel, lindungi pengguna luar bandar
Tenom: Mekanisme penyelarasan subsidi diesel masih mempunyai ruang untuk diperhalusi bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar berkesan dalam meringankan beban rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Sri Arthur Joseph Kurup (gambar) berkata kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan subsidi disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak terutama dalam keadaan harga minyak dunia yang dipengaruhi ketidaktentuan geopolitik.

Advertisement
Menurut beliau, pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira keunikan geografi Sabah dan Sarawak memandangkan sebahagian besar penduduk di kedua-dua negeri masih bergantung kepada kenderaan yang menggunakan diesel.

Katanya, niat kerajaan dalam melaksanakan penyelarasan subsidi adalah baik, namun mekanisme sedia ada masih boleh ditambah baik supaya lebih sesuai dengan keperluan rakyat di Sabah dan Sarawak. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata pandangan serta maklum balas daripada rakyat akan terus diambil kira bagi memastikan pelaksanaan dasar subsidi lebih inklusif, praktikal dan menepati realiti penggunaan harian di kedua-dua negeri.

Arthur berharap usaha penambahbaikan mekanisme subsidi diesel dapat dilaksanakan secara berperingkat agar matlamat kerajaan untuk membantu rakyat dapat dicapai tanpa menjejaskan keperluan pengguna, khususnya mereka yang bergantung kepada diesel untuk urusan pekerjaan, perniagaan dan pengangkutan harian.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Borang Keahlian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Dewan Undangan Negeri (Dun) N.42 Melalap di sini pada Sabtu.

Arthur turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa terbuka menerima cadangan daripada pelbagai pihak bagi memperkukuh pelaksanaan dasar subsidi, termasuk memastikan mekanisme yang diguna pakai tidak membebankan rakyat di kawasan luar bandar yang bergantung kepada diesel untuk aktiviti ekonomi dan kehidupan seharian.

Advertisement
Beliau berkata kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting dalam merangka pendekatan yang lebih menyeluruh supaya manfaat subsidi dapat dinikmati secara adil sekali gus memastikan agenda kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak terus menjadi keutamaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here