Tue, 21 Jul 2026
Headlines:
Kreatif Sabah susun strategi bangunkan industri kreatif
Published on: Monday, July 20, 2026
Published on: Mon, Jul 20, 2026
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:
Text:
Kreatif Sabah susun strategi bangunkan industri kreatif
ROGER (kanan) ketika berucap pada pemilihan itu sambil diperhatikan oleh Chester (keempat dari kiri).
KREATIF Sabah, sebuah pertubuhan yang menghimpunkan persatuan seni kreatif di negeri ini, sedang menyusun strategi bagi mencapai matlamat utamanya untuk membangunkan ekonomi jingga negeri yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif. 

Pengerusinya Chester Pang berkata selepas pertubuhan itu mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) pertamanya pada Sabtu, fokus utama Kreatif Sabah ialah memperkukuh struktur organisasi, menyusun pelan tindakan bersama barisan Ahli Jawatankuasa baharu serta memperluaskan jaringan kerjasama strategik dengan kerajaan dan agensi berkaitan. 

Advertisement
KREATIF Sabah mengadakan AGM pertamanya pada Sabtu.“Kreatif Sabah merancang mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada awal Ogos ini sebelum meneruskan siri pertemuan dengan kementerian serta agensi kerajaan berkaitan. 

“Pertemuan tersebut bertujuan membentangkan perkembangan semasa industri kreatif di Sabah di samping mengemukakan cadangan kerjasama strategik bagi merancakkan pembangunan ekonomi kreatif atau ekonomi jingga di negeri ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Terdahulu, Chester terus diberi mandat untuk menerajui Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (Kreatif Sabah) apabila dipilih sebagai Pengerusi bagi penggal 2026–2028.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Pengerusi Kreatif Sabah, Chester merakamkan penghargaan kepada semua presiden dan pengerusi persatuan ahli yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memimpin gabungan tersebut bagi satu penggal. 

Advertisement
“Saya amat bersyukur kerana akhirnya sebuah gabungan yang menghimpunkan persatuan-persatuan seni kreatif di Sabah berjaya diwujudkan.

“Sejak sekian lama, kita mengimpikan sebuah platform yang dapat menyatukan semua persatuan seni kreatif sebagai pemegang taruh industri untuk bersama-sama membantu Kerajaan Negeri dalam merangka dan memperkukuhkan dasar pembangunan industri kreatif negeri,” katanya. 

Advertisement
KREATIF SABAH menerima kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 28 April 2026. 

Keahliannya kini dianggotai oleh lapan persatuan yang mewakili pelbagai cabang industri kreatif, iaitu Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva), Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa), Kelab Orkestra Kinabalu Sabah (KOKiS), Persatuan Komposer, Penulis Lirik dan Artis Nasyid Sabah (Kopan), Persatuan Bakat Skrin Sabah (PBSS), Persatuan Penggerak Kreatif dan Inovasi Sabah (SCREIMO), Persatuan Komuniti Seniman Jalanan Sabah (SBC) serta Persatuan Bakat Seni dan Kreativiti Sabah (PBSKS). Kesemua persatuan ini mewakili sektor filem, muzik, seni persembahan dan seni visual. 

Sementara itu, Mesyuarat Agung turut menyaksikan pelantikan Adun Dilantik Datuk Roger Chin sebagai Penasihat Kehormat pertama Kreatif Sabah. 

Chester, yang juga Presiden Persatuan Filem dan Visual Sabah (Safva) berharap pelantikan itu dapat membantu pertubuhan terbabit mencapai matlamat membangunkan ekosistem industri kreatif Sabah yang lebih mampan, berdaya saing dan inklusif. 

Dalam ucapannya, Roger menekankan kepentingan perlindungan harta intelek (IP) dalam memastikan pengkarya dan pencipta asal menikmati manfaat ekonomi hasil daripada karya yang dihasilkan. 

“Pengkarya perlu membaca dan meneliti setiap kontrak yang ditawarkan oleh manamana pihak sebelum menandatanganinya. Jangan sesekali menandatangani sesuatu perjanjian tanpa memahami sepenuhnya kandungannya kerana ia melibatkan hak serta kepentingan anda sebagai pemilik karya. 

“Dengan tertubuhnya Kreatif Sabah, pengkarya dan pencipta kini boleh mendapatkan pandangan daripada persatuan masing-masing atau terus merujuk kepada saya bagi mendapatkan nasihat serta penelitian terhadap mana-mana kontrak yang ditawarkan,” katanya. 

Mesyuarat Agung pertama ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kinabalu Media (TV Sabah) Suzanne Bingkasan, Pengarah Galeri Azman Hashim (GAH) UMS Prof Madya Dr Puad Bebit, Penolong Pengurus bagi bahagian Creative Chamber, Capacity Building & Ecosystem (CBE) Scenic Eva Chris Anthony, Pengerusi Persatuan Seni Budaya Kota Kinabalu Dr. Zhamriee Gulam Rasul, Pengerusi Persatuan Penyanyi Cina Kota Kinabalu Sabah Simon Chin, Pengerusi Penyanyi Songkotoun Romeo Ansow, Presiden Seni Visual Sabah Daiman Bona, Presiden Persatuan Sanggar Seni Sabah Suhami Magi, wakil Persatuan Penghibur Tempatan Sabah Siti Emylia, wakil Pertubuhan Industri Rakaman Sabah Richard Antaim, wakil KASS Edward Sinsong serta wakil komuniti artis visual dan podcast Harold Egn dan wakil komuniti cosplay dan penganjur acara Johan Lee.

Barisan Ahli Jawatankuasa Kreatif Sabah bagi sesi 2026–2028:
  •  Pengerusi: Chester Pang Thien Fook (Safva) 
  •  Timbalan Pengerusi: Guadik Ansiw (Pertisa) 
  •  Setiausaha: Mohd Nazri Saidali (Kopan) 

Bendahari: Raimon Sukudat (KOKiS) Ahli Exco:
  •  Abdul Mazrun Munap (SBC) 
  •  Chester D. Sinidol (SCREIMO) 
  •  Ramli Ahmad (PBSS) 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here