Mon, 6 Jul 2026
Headlines:
Kerajaan Negeri komited terhadap pembangunan sukan 
Published on: Sunday, July 05, 2026
Published on: Sun, Jul 05, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kerajaan Negeri komited terhadap pembangunan sukan 
NIZAM bersama tetamu dan Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia (CMC FC) pada Majlis berkenaan.
LAHAD DATU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif sentiasa memberi perhatian dan komitmen terhadap pembangunan sukan negeri, termasuk di peringkat akar umbi.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan Negeri juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik bersama badan bukan kerajaan, pihak swasta, persatuan sukan serta komuniti bagi memperkasakan pembangunan sukan di seluruh Sabah.

Advertisement
Beliau berkata selari dengan komitmen terhadap pembangunan sukan negeri, kerajaan negeri menyokong segala usaha termasuk penganjuran kejohanan-kejohanan sukan di peringkat akar umbi.

“Kejohanan-kejohanan di semua peringkat melahirkan atlet-atlet yang hebat. Mereka tidak lahir secara kebetulan tetapi melalui pertandingan, latihan dan pengalaman yang bermula dari kejohanan-kejohanan ini.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Justeru, kita amat berharap agar lebih banyak kelab sukan, persatuan serta komuniti tampil menganjurkan kejohanan yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Nizam berkata demikian ketika berucap menyempurnalan Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Mula Rasmi serta penyampaian piala sumbangsih sempena Kejohanan Liga Bola Sepak CMC kali ke-4, Sabtu.

Advertisement
Turut hadir ialah Datuk Mizma Appehdullah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM N.62 Silam, Firuz Idzualdeen @Benetty Mohd Dzul, Pegawai Daerah Lahad Datu, Muhd. Firdaus Kassim, Timbalan Pengurus Besar, Lembaga Sukan Sabah dan Ismail Idris, Presiden Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia (CMC FC) Lahad Datu merangkap Pengerusi Penganjur.

Menurut Nizam, sukan bukan sekadar aktiviti riadah, sukan merupakan institusi pendidikan karakter dimana seseorang pemain belajar tentang disiplin.

Advertisement
Katanya, melalui sukan mereka belajar menghormati, bekerjasama, memimpin dan bertanggungjawab yang mana nilai-nilai ini akan membentuk insan yang berkualiti.

“Sebab itulah Kerajaan Negeri sentiasa melihat pembangunan sukan sebagai pelaburan jangka panjang untuk membina modal insan. Apabila belia kita aktif bersukan, mereka akan mempunyai hala tuju kehidupan yang lebih positif,” jelas beliau.

Memuji penganjuran Kejohanan yang bermula pada 2023 itu, Nizam berkata ia menjadi platform pertandingan yang berkualiti kepada pemain-pemain tempatan.

Kejohanan yang memasuki edisi keempat ini bukan sekadar bersifat sementara, malah telah berkembang menjadi satu agenda pembangunan sukan yang berterusan.

“Saya berharap agar kejohanan ini menjadi platform melahirkan lebih ramai atlet berbakat, memperkukuhkan perpaduan masyarakat, menyemarakkan budaya hidup sihat serta menyumbang kepada pembangunan sukan negeri Sabah secara keseluruhannya,” tambahnya.

Kejohanan kali ini disertai oleh 16 pasukan dan akan berlangsung selama tiga bulan, bermula 4 Julai sehingga 5 September.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here