Sun, 26 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Syarat tempat lahir bagi Pegawai Adat dipersoal
Published on: Sunday, July 26, 2026
Published on: Sun, Jul 26, 2026
By: Sherell Jeffrey
Text Size:
Text:
Syarat tempat lahir bagi Pegawai Adat dipersoal
Adun Bugaya Jamil Hamzah
Kota Kinabalu: Adun Bugaya Jamil Hamzah mempersoalkan syarat bahawa Pegawai Adat mesti dilahirkan di Sabah, dengan bertanya mengapa tempat kelahiran semata-mata perlu menjadi faktor yang menggugurkan kelayakan seseorang calon anak negeri.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Pindaan) 2026, beliau berkata rang undang-undang itu menetapkan Pegawai Adat mestilah seorang warganegara, anak negeri, dilahirkan dan bermastautin di Sabah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai adat dan undang-undang adat.

Advertisement
“Frasa ‘pengetahuan yang mencukupi’ terlalu umum jika tiada ukuran yang jelas,” katanya sambil mempersoalkan sama ada penilaian itu akan dibuat berdasarkan pengalaman, kelayakan, penguasaan bahasa atau latihan.

Beliau turut mempersoalkan syarat tempat lahir dengan memberi contoh anak negeri Sabah yang dilahirkan di Kuala Lumpur kerana ibu bapanya mendapatkan rawatan perubatan atau anak kepada penjawat awam Sabah yang dilahirkan ketika bapanya bertugas di luar negara.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Jika mereka menguasai adat, bahasa dan undang-undang adat, mengapa tempat lahir semata-mata menutup peluang mereka,” katanya.

Jamil berkata kerajaan perlu memberikan justifikasi terhadap syarat itu supaya negeri tidak kehilangan calon yang layak hanya disebabkan keadaan kelahiran yang berada di luar kawalan mereka.

Advertisement
Beliau turut meminta penjelasan mengenai kaedah pelantikan Pegawai Adat dalam kalangan penjawat awam serta peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di bawah Perkara 37 Perlembagaan Negeri.

“Soalan yang mudah. Siapa melantik, siapa menyemak dan siapa yang bertanggungjawab,” katanya.

Advertisement
Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan arkib digital bagi memelihara adat anak negeri Sabah.

Beliau mengalu-alukan pindaan kepada Seksyen 4 yang memperluaskan peranan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri dalam pendidikan adat, namun berkata usaha itu tidak seharusnya terhad kepada seminar dan penerbitan risalah semata-mata.

“Kerajaan juga perlu mewujudkan arkib digital adat Sabah, merekodkan testimoni tokoh adat dan melatih generasi muda dalam bahasa yang mereka fahami.

“Apabila seorang tokoh adat meninggal dunia tanpa ilmunya didokumentasikan, kita bukan sahaja kehilangan seorang individu, malah mungkin kehilangan sebuah perpustakaan yang tidak pernah diterbitkan,” katanya.

Beliau berkata usaha menyeragamkan istilah tidak seharusnya membawa kepada penyeragaman semua adat kerana Sabah tidak mempunyai satu adat yang seragam.

“Seragamkan prosedur keadilan, jangan seragamkan identiti,” katanya.

Jamil turut membangkitkan peruntukan dalam rang undang-undang itu yang membolehkan majlis mengesyorkan pelantikan seorang ketua kepada Ketua Hakim Mahkamah Anak Negeri, sambil menegaskan kriteria bagi jawatan itu perlu diperjelaskan, termasuk aspek pengetahuan mengenai adat, integriti, penerimaan masyarakat dan bebas daripada konflik kepentingan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada masyarakat boleh mencalonkan atau membantah pelantikan seseorang calon serta mekanisme menamatkan perkhidmatan seorang ketua sekiranya berlaku salah laku.

“Seorang ketua tidak seharusnya dipilih kerana rapat dengan pihak berkuasa. Seorang ketua perlu dihormati kerana ilmunya dan dipercayai oleh masyarakat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here