Sun, 26 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Kelulusan Rand Undang-Undang perkukuh perundangan, adat anak negeri Sabah
Published on: Sunday, July 26, 2026
Published on: Sun, Jul 26, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Kelulusan Rand Undang-Undang perkukuh perundangan, adat anak negeri Sabah
Shalmon Sanangan
Kota Kinabalu: Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah (MAANS) menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Anak Negeri 2026 sebagai satu pencapaian bersejarah yang membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa sistem perundangan dan adat anak negeri secara lebih profesional, tersusun dan telus.

Presidennya, Shalmon Sanangan berkata, pertubuhan yang menaungi kepimpinan serta pemegang adat daripada 46 etnik di Sabah itu menyambut baik kelulusan RUU berkenaan yang dibentangkan dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, awal minggu ini.

Advertisement
“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah atas kepimpinan yang berpandangan jauh.

“Langkah ini jelas membuktikan kerajaan negeri menghormati, memelihara dan memandang tinggi hak kebudayaan serta martabat masyarakat asal di Sabah,” katanya dalam kenyataan semalam.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Shalmon berkata, sebagai platform rasmi yang menghimpunkan kepimpinan adat daripada 46 etnik anak negeri, pertubuhan itu kini berperanan secara lebih menyeluruh sebagai wakil pihak berkepentingan dalam hal ehwal adat. Menurutnya, kelulusan RUU Mahkamah Anak Negeri 2026 menyediakan asas perundangan yang lebih kukuh bagi memastikan setiap dasar, perundangan dan tadbir urus berkaitan adat pada masa depan selaras dengan aspirasi komuniti di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, struktur representasi yang mampan itu juga akan memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri, Mahkamah Anak Negeri dan kepimpinan adat bagi memastikan pelaksanaan dasar berjalan secara lebih harmoni, saling melengkapi dan berkesan.

Advertisement
Mengulas langkah susulan selepas kelulusan RUU itu, Shalmon berkata Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS) bersedia berperanan sebagai jambatan pelaksana dan penterjemah dasar menerusi kerjasama strategik antara kerajaan negeri, institusi akademik dan komuniti tempatan.

Beliau menggariskan pencapaian dan keupayaan utama SAANS selama ini yang merangkumi:
  • Pengalaman tujuh tahun beroperasi: SAANS membuktikan keupayaannya dengan berkembang pesat ke pelbagai daerah di seluruh Sabah sebagai pusat rujukan, pengajian dan dokumentasi pendidikan adat tempatan.
  • Kurikulum komprehensif 19 Mata Pelajaran: Ia berjaya membangunkan 19 mata pelajaran khusus yang dirangka secara terperinci hasil kolaborasi bersama pakar-pakar adat daripada 46 etnik anak negeri Sabah.
  • Kerjasama rasmi rangkaian akademik bersama UMS: Mempunyai hubungan kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) dan Institut Biologi Tropika dan Pemeliharaan (ITBC) bagi memperkukuh kajian saintifik, dokumentasi etnobiologi serta pemeliharaan undang-undang adat.
  • Pengiktirafan peringkat antarabangsa (Unesco): SAANS kini berada di fasa akhir bagi memuktamadkan pengiktirafan rasmi daripada Unesco di bawah kategori Amalan Perlindungan Terbaik untuk pemeliharaan warisan budaya tidak ketara.

Advertisement
Beliau berkata pertubuhan itu komited untuk terus bekerjasama rapat dengan kementerian berkaitan, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan institusi Mahkamah Anak Negeri, bagi memperkukuh pelaksanaan RUU Mahkamah Anak Negeri 2026 di semua peringkat.

“Dengan adanya perundangan yang mantap, rangkaian kerjasama akademik yang kukuh serta sokongan sistem pendidikan melalui Sekolah Adat, kita bukan sahaja dapat memelihara undang-undang adat daripada pupus, malah melahirkan generasi muda Sabah yang beridentiti tinggi, berilmu dan menghormati undang-undang negeri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here