Sun, 5 Jul 2026
Headlines:
Lagi buaya muncul di Sg Inanam Laut, Menumbok
Published on: Saturday, July 04, 2026
Published on: Sat, Jul 04, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Lagi buaya muncul di Sg Inanam Laut, Menumbok
BUAYA di Sg Inanam Laut.
INANAM: Kemunculan beberapa ekor buaya di Sungai Inanam Laut berhampiran Kampung Darau Kingfisher pada Rabu menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.

Seorang penduduk, Rizman Edris, berkata pada Khamis bahawa buaya berkenaan sering kelihatan berehat di tepi sungai itu.

Advertisement
Menurutnya, kemunculan reptilia itu menjadi amaran kepada penduduk, nelayan, pemancing dan kanak-kanak supaya lebih berwaspada.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan penduduk khususnya nelayan, pemancing dan kanak-kanak supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berada di tepi sungai tanpa keperluan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata, terdapat buaya yang dianggarkan sepanjang antara 10 hingga 15 kaki, manakala sebahagian lagi bersaiz lebih kecil, namun semuanya tetap berbahaya kepada manusia.

Rizman berkata perkara itu dimaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Advertisement
“Tidak lama kemudian, DBKK dan JHL datang dengan menggunakan perahu untuk memantau keadaan serta memasang perangkap di tebing sungai.

“JHL memasang perangkap di lokasi buaya sering muncul kerana dipercayai terdapat lebih daripada seekor buaya yang masih berkeliaran.

Advertisement
“Mereka juga menasihatkan penduduk supaya lebih berhati-hati, terutama mereka yang tinggal di rumah atas air,” katanya.

Sementara itu, seekor lagi buaya dilaporkan kelihatan berada di atas sebuah pelantar terapung milik nelayan di Menumbok, pada Jumaat.

BUAYA di atas pelantar di Menumbok.Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Ahmad dari Kampung Tepi Laut Menumbok berkata beliau terkejut apabila melihat buaya sepanjang kira-kira 10 hingga 15 kaki itu menaiki pelantar berkenaan dalam keadaan mulut terbuka.

“Mujur tiada sesiapa berlabuh atau menggunakan pelantar yang dikhususkan sebagai tempat nelayan naik dan turun dari bot,” katanya.

Baru-baru ini, seorang lagi penduduk, Rohana Radin, berkata beberapa ekor buaya turut dilihat berenang secara berpasangan di perairan Kampung Tepi Laut Menumbok.

Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada JHL dan berharap tindakan segera dapat diambil.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here