Mon, 6 Jul 2026
Headlines:
Pemandu maut kereta bertembung
Published on: Sunday, July 05, 2026
Published on: Sun, Jul 05, 2026
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Pemandu maut kereta bertembung
KEADAAN Perodua Viva yang remuk selepas nahas itu.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain di Jalan UMS Sepanggar, di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi tersebut.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.34 pagi dan 10 anggota dikerah ke lokasi sejauh 7km dari BBP Lintas.

“Kemalangan melibatkan Perodua Alza dan Perodua Viva yang bertembung lalu terbabas di bahu jalan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Terdapat dua mangsa terlibat. Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit di dalam Perodua Viva menggunakan peralatan khas, namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement
“Sementara itu, lelaki berusia 57 tahun yang memandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.55 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan jalan selamat digunakan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here