Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
RM600 juta daripada Geran Khas RM1.5 billion dibayar kepada Sabah
Published on: Friday, July 10, 2026
Published on: Fri, Jul 10, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
RM600 juta daripada Geran Khas RM1.5 billion dibayar kepada Sabah
Madius meminta kerajaan menjelaskan bila bayaran RM1.5 bilion itu akan dibuat serta sama ada ia diambil kira sebagai sebahagian daripada hak perlembagaan Sabah sebanyak 40 peratus.
Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM600 juta daripada keseluruhan RM1.5 bilion Geran Khas kepada Sabah pada 12 Jun lalu.

Kementerian Kewangan memaklumkan baki RM900 juta akan disalurkan selepas Perintah Geran Khas baharu berkuat kuasa, yang memerlukan Perintah Yang di-Pertuan Agong diwartakan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement
Perkara itu dinyatakan kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada soalan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Madius meminta kerajaan menjelaskan bila bayaran RM1.5 bilion itu akan dibuat serta sama ada ia diambil kira sebagai sebahagian daripada hak perlembagaan Sabah sebanyak 40 peratus.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurut Kementerian Kewangan, rundingan masih diteruskan menerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi menambah baik Geran Khas berdasarkan formula 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah, selaras dengan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Kementerian berkata jumlah Geran Khas kepada Sabah terus meningkat di bawah Kerajaan Madani, iaitu daripada RM125.6 juta pada 2022 kepada RM300 juta pada 2023, RM600 juta pada 2025 dan kini RM1.5 bilion seperti diumumkan Perdana Menteri pada 30 Mei lalu.

Advertisement
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah masih memuktamadkan formula baharu bagi pembayaran Geran Khas pada masa depan berdasarkan keperluan kewangan negeri.

Kementerian menegaskan pelaksanaan formula 40 peratus itu perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang serta selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here