Sat, 18 Jul 2026
Headlines:
SKFC raih satu lagi kejuaraan
Published on: Tuesday, July 14, 2026
Published on: Tue, Jul 14, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
SKFC raih satu lagi kejuaraan
SABAH Kids FC bersama hadiah mereka.
RANAU: Sabah Kids FC (SKFC) terus mengukuhkan penguasaan mereka dalam arena bola sepak akar umbi Sabah apabila menjuarai ELTY Grassroot Challenge Cup 2026 – Edisi Ranau sekali gus melanjutkan rekod cemerlang lapan kejuaraan berturut-turut dalam kejohanan domestik tanpa kalah.

Kejayaan yang diraih di Padang Bola Sepak Kampung Lohan baru-baru ini mengukuhkan lagi reputasi SKFC sebagai antara kelab bola sepak remaja paling berjaya di negeri ini.

Advertisement
Pencapaian terbaharu itu bukan sahaja mencerminkan bakat dan keazaman pemain malah komitmen jangka panjang kelab dalam membangunkan bakat muda menerusi latihan berstruktur, disiplin serta semangat berpasukan.

Sepanjang kejohanan, SKFC mempamerkan aksi yang konsisten, tenang dan bertenaga di bahagian serangan ketika berdepan pasukan-pasukan hebat dari seluruh Sabah sekali gus membuktikan mengapa mereka kini dianggap sebagai antara penanda aras dalam bola sepak akar umbi.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Kejayaan itu turut menjadi lebih bermakna apabila dua pemain SKFC menerima anugerah individu atas prestasi cemerlang mereka.

Eddy dinobatkan sebagai Pemain Terbaik klejohanan hasil persembahan konsisten dan pengaruh besarnya sepanjang pertandingan manakala Rezza menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik selepas melakukan beberapa aksi menyelamat penting yang membantu pasukan menjulang kejuaraan.

Advertisement
Pencapaian itu menyerlahkan kehebatan bakat dalam skuad SKFC serta mencerminkan kualiti kejurulatihan dan pembangunan pemain yang sentiasa diberi keutamaan oleh kelab itu sejak sekian lama.

Dirasmikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, kejohanan itu menghimpunkan 30 pasukan dari pelbagai daerah di seluruh Sabah.

Advertisement
Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Anapols FT yang dianggotai anak-anak pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. Pasukan itu menerima Anugerah Pengurusan Pasukan Terbaik bagi kategori bawah 10 tahun (B-10) sebagai pengiktirafan terhadap profesionalisme, pengurusan yang tersusun serta komitmen yang ditunjukkan oleh jurulatih dan pengurusan pasukan sepanjang kejohanan.

Selain persaingan merebut kejuaraan, kejohanan itu turut menjadi platform penting untuk mengenal pasti bakat baharu bola sepak di samping memberikan pengalaman berharga kepada pemain muda dalam suasana pertandingan sebenar yang tidak dapat diperoleh melalui latihan semata-mata.

Penganjur berkata kejohanan seperti ELTY Grassroot Challenge Cup amat penting dalam melahirkan generasi baharu pemain bola sepak menerusi pendedahan kepada pertandingan yang berstruktur, meningkatkan kemahiran teknikal dan kefahaman taktikal, selain membantu membina keyakinan ketika beraksi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here