Mon, 20 Jul 2026
Headlines:
Perlu transformasi pendidikan: Hajiji
Published on: Thursday, May 29, 2025
Published on: Thu, May 29, 2025
Text Size:
Text:
Perlu transformasi pendidikan: Hajiji
HAJIJI bersalam dengan peserta persidangan Arise.
Kota Kinabalu: Transformasi sistem pendidikan negeri adalah satu keperluan mendesak, bukannya pilihan, dalam memastikan pelajar Sabah bersedia mendepani cabaran masa depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, data kajian terkini pada 2024 menunjukkan hanya 65 peratus pelajar memiliki kemahiran menyelesaikan masalah pada tahap baik atau sangat baik, manakala 72 peratus sahaja yakin mengaplikasikan pengetahuan sains dalam kehidupan harian.

Advertisement
“Keadaan ini menunjukkan bahawa kita tidak boleh berpuas hati. Ramai pelajar masih bergelut memahami konsep asas Stem. Maka transformasi pendidikan mesti menjadi agenda utama semua pihak,” katanya ketika merasmikan Persidangan Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa “Astounding Research Innovation Stem Exploration” (Arise) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Rabu.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Katanya, pendekatan pengajaran berasaskan penyelidikan dan inovasi perlu diperkasa serta diarusperdanakan agar sistem pendidikan Sabah kekal relevan, inklusif dan berdaya saing.

Beliau turut menyeru semua pendidik, institusi pendidikan, penyelidik dan penggubal dasar agar terus meneroka dan menambah baik pendekatan pendidikan sesuai dengan era digital dan keperluan industri masa kini.

Advertisement
Hajiji berkata, Persidangan Arise 2025 yang menghimpunkan lebih 600 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk United Kingdom, Sepanyol, Filipina, China dan Ireland, menjadi platform penting dalam merintis kerjasama pendidikan bertaraf global.

“Persidangan ini bukan sahaja menyatukan tenaga pendidik, penyelidik dan penggubal dasar dari pelbagai negara, tetapi turut mendorong pemerkasaan pendidikan berteraskan sains, teknologi dan budaya,” jelasnya.

Advertisement
Beliau turut menegaskan kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pendidikan Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (Stem) sebagai pemacu kepada pembangunan modal insan Sabah yang berkualiti, berdaya saing dan berinovasi.

Dalam konteks itu katanya, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM41.75 juta tahun ini kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Sabah Skills and Training Centre (SSTC), dan Sabah Creative Economy and Innovation Centre untuk pelaksanaan pelbagai program latihan dan pemerkasaan kemahiran.

Menurutnya, antara program utama termasuk Kembara Sains Borneo, Karnival Sains Sabah, Pertandingan Teknologi dan Inovasi, Festival Pendidikan Stem, Program Roboneo dan Sabah Screen Fest - yang menjadi medium penting menjana minat pelajar terhadap bidang teknologi dan kejuruteraan.

Hajiji juga menyambut baik pembentangan sebanyak 13 subtema persidangan, termasuk pendidikan digital, pengajian Melayu, pendidikan Islam, bimbingan dan kaunseling, sains sukan, seni visual serta pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau yakin perkongsian ilmu ini akan membawa kepada kerjasama antarabangsa yang mampu meningkatkan profil penyelidik dan institusi pendidikan di Sabah ke peringkat global.

“Warga pendidik adalah nadi dan tulang belakang kepada kejayaan transformasi pendidikan. Saya menyeru agar mereka berani meneroka penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan,” katanya.

Menurutnya, persidangan ini juga menjadi manifestasi iltizam kerajaan negeri menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021–2025 yang mengutamakan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan mampan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here