PENGARAH prolifik Sabah Marcellus Abas atau Marc Abas menyifatkan kemenangan filem arahannya Silence of the 177 pada malam Golden Wind Awards (GoWa) kali keempat baru-baru ini adalah satu pengiktirafan terhadap filem Sabah khususnya yang mengetengahkan sejarah negeri ini.
Silence of 177 mengangkat peristiwa Perang Petagas iaitu kisah pembunuhan beramai-ramai pelbagai etnik di Sabah dalam gerakan penentangan terhadap pendudukan Jepun di Borneo Utara ketika Perang Dunia Kedua.
“Mungkin ramai tidak menonton filem ini di panggung tetapi juri-juri yang faham tentang filem mengakui bahawa Silence of 177 mempunyai sentuhan seni, makna, emosi dan segala ‘perencah’ yang diperlukan dalam sesebuah filem.
“Silence of the 177 turut mendapat pengiktirafan antarabangsa tetapi saya anggap menerima pengiktirafan di tanah air sendiri saya sebagai satu kemenangan buat sejarah Sabah. Harus untuk saya rasa gembira kerana tidak sia-sia saya menghasilkan karya tentang sejarah negeri kita.
Advertisement





