Wed, 15 Jul 2026
Headlines:
SAPP Sandakan adakan AGM bersama 19 Julai
Published on: Tuesday, July 14, 2026
Published on: Tue, Jul 14, 2026
Text Size:
Text:
SAPP Sandakan adakan AGM bersama 19 Julai
SANDAKAN: Parti Progresif Sabah (SAPP) Zon Sandakan bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bersama bagi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjong Papat dan Elopura pada 19 Julai ini.

Mesyuarat itu dijadual bermula jam 11 pagi di premis parti di Bandar Letat Jaya, Jalan Lintas Utara.

Advertisement
AGM berkenaan dijangka menjadi acara penting dengan kehadiran Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee sebagai tetamu kehormat.

Beliau dijadual menyampaikan ucaptama mengenai perkembangan geopolitik semasa di Sabah dengan penekanan terhadap hala tuju strategik parti dalam menghadapi landskap politik negeri pada masa depan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Turut mengukuhkan kepentingan mesyuarat itu ialah kehadiran enam Ahli Majlis Tertinggi SAPP sekali gus mencerminkan peranan penting Zon Sandakan dalam struktur parti.

Naib Presiden SAPP Thomas Lau Chi Keong (gambar)  berkata AGM berkenaan menjadi platform penting untuk parti menilai prestasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu serta merangka hala tuju baharu.

Advertisement
“Daripada mesyuarat ini SAPP akan mengguna pakai idea dan strategi baharu bagi menyuntik semangat serta memperkukuh parti,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata SAPP terus berpegang kepada matlamat asal parti iaitu mempertahankan hak rakyat Sabah, mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk didiami serta membangunkan ekonomi yang memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.

Advertisement
“SAPP merupakan salah satu wadah yang secara konsisten menyuarakan kepentingan rakyat Sabah.

“Kami tidak pernah berganjak daripada matlamat perjuangan. Menang atau kalah kami tidak pernah berputus asa,” katanya.

Lau berkata sepanjang 32 tahun penubuhannya SAPP berjaya mengharungi pelbagai cabaran politik hasil kepimpinan yang berteraskan ketahanan, keazaman dan integriti.

“Kami mungkin diuji tetapi kami tidak mudah goyah. Kami akan terus bangkit dan berjuang mempertahankan prinsip, kepercayaan serta perjuangan demi Sabah.

“Kami tetap teguh dengan perjuangan kerana memiliki struktur kepimpinan yang kukuh dan nilai yang menjadi asas kekuatan parti,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here