Fri, 24 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
DBKK periksa, rawat pokok tua bernilai warisan
Published on: Thursday, July 23, 2026
Published on: Thu, Jul 23, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK periksa, rawat pokok tua bernilai warisan
ARBORIS yang dilantik DBKK menilai nilai pokok di Jalan Gaya.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menjalankan kerja penyelenggaraan pokok-pokok warisan dalam kawasan pentadbirannya dengan menggunakan jentera angkat udara (sky-lift) setinggi 27 meter di beberapa lokasi bulan depan.

Jurucakap Jabatan Landskap DBKK berkata anggota Unit Pokok akan menjalankan kerja membuang dahan mati dan tumbuhan menumpang (parasit) pada pokok berkenaan selain memangkas dahan yang terlalu rimbun.

Advertisement
KAKITANGAN Jabatan Landskap memeriksa keadaan pokok yang tumbuh di pembahagi jalan utama berhampiran Taman Irama.“Kerja berjadual ini akan menyebabkan beberapa jalan ditutup sementara dan mungkin mengakibatkan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan,” katanya.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit serta mematuhi papan tanda trafik yang dipasang ketika kakitangan Jabatan Landskap menjalankan kerja penyelenggaraan pokok warisan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Katanya DBKK turut melantik seorang Arboris Bertauliah bagi menilai keadaan pokok-pokok tua yang mempunyai nilai warisan dan ukuran lilitan batang yang besar.

“Individu berkenaan ditugaskan mengenal pasti sebarang ancaman berpotensi terhadap pokok-pokok tersebut.

Advertisement
“Beliau juga diminta menyediakan senarai strategi bagi membantu kami menjaga dan memelihara pokok berkenaan dengan lebih baik,” ujarnya.

Jurucakap itu berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pernah menjalankan inventori pokok warisan di sekitar ibu negeri hampir dua dekad lalu.

Advertisement
“Kerja ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Projek Pemuliharaan Pokok Matang Bernilai Warisan yang ditaja oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) di bawah kementerian berkenaan.

“Arboris Terlatih (ISA) telah memberikan status ‘warisan’ kepada pokok-pokok yang layak menerima pengiktirafan itu sejak 2009.

“Mereka turut membuat penilaian terhadap nilai ekonomi pokok-pokok berkenaan,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai nilai kewangan pokok tersebut, jurucakap itu berkata arboris kementerian mengenal pasti empat pokok hujan-hujan (Samanea saman) yang tumbuh berhampiran Wisma Muis, Jalan Tunku Abdul Rahman, sebagai pokok warisan.

“Menurut laporan berkenaan, nilai kewangan pokok-pokok itu dianggarkan antara RM450,000 hingga RM550,000,” katanya.

Beliau berkata laporan itu menganggarkan pokok hujan-hujan tersebut berusia lebih 77 tahun, sama seperti kebanyakan pokok yang terdapat di sekitar kawasan pinggir Padang Merdeka di bandar raya itu.

Jurucakap itu berkata pada masa sama dua pokok hujan-hujan yang terletak berhampiran Spinnaker Suites, Jalan Teluk Likas, dianggarkan berusia lebih 50 tahun.

Sebahagian pokok rhu (Casuarina equisetifolia) di Taman Prince Philip pula dikenal pasti berusia lebih tujuh dekad berdasarkan laporan berkenaan.

“Kami tidak mempunyai rekod untuk menentukan dengan tepat bila pokok-pokok ini ditanam namun spesiesnya serta kepentingan simbolik atau sejarah yang dimiliki memberikan identiti sebagai ‘pokok warisan’,” tanbahnya.

NILAI empat pokok hujan-hujan di Jalan Tunku  Abdul Rahman dianggarkan antara  RM450,000 hingga RM550,000.Beliau berkata DBKK menjalankan usaha pemeliharaan terhadap pokok warisan setiap enam bulan sekali.

“Kakitangan Jabatan Landskap akan memeriksa keadaan setiap pokok, termasuk mengenal pasti sebarang tanda kerosakan yang mungkin berlaku,” katanya.

Sebelum ini DBKK turut memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang merosakkan atau mencederakan pokok warisan di sekitar ibu negeri boleh dikenakan tindakan berdasarkan nilai ekonomi yang ditetapkan terhadap pokok berkenaan.

Seorang jurucakap berkata nilai dalam bentuk ringgit yang ditetapkan oleh JLN bagi pokok yang terjejas akan dijadikan asas tuntutan pampasan terhadap pihak yang melakukan vandalisme.

Beliau berkata DBKK mematuhi garis panduan kementerian dalam menentukan pokok yang layak diberikan status warisan.

“Pokok berkenaan lazimnya berusia lebih tiga dekad, mempunyai batang yang besar, terdiri daripada spesies tempatan atau eksotik serta sama ada ditanam oleh tokoh kenamaan atau mempunyai nilai ekonomi,” jelas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here