Fri, 24 Jul 2026
Headlines:
Advertisement
Warga emas urus harta berkaitan pengganas dibicara April 2027
Published on: Thursday, July 23, 2026
Published on: Thu, Jul 23, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Warga emas urus harta berkaitan pengganas dibicara April 2027
TAHADJI diiringi ke kenderaan selepas prosiding mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang pemandu kenderaan berat berusia 63 tahun berstatus penduduk tetap (MyPR) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 6 hingga 8 April tahun depan atas pertuduhan mengendalikan harta yang dikaitkan dengan seorang pengganas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ratanah Devi Yusof Perumal menetapkan tarikh perbicaraan itu ketika sebutan kes Tahadji Jirani pada Rabu.

Advertisement
Tahadji didakwa dengan sengaja mengendalikan harta milik individu yang dikenal pasti dalam pertuduhan sebagai Myma A Mabanza dengan menghantar wang berjumlah RM284.10 melalui perkhidmatan pindahan wang di TML Remittance Centre Sdn Bhd, Jalan Singapore, Sandakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan bagi manfaat individu berkenaan pada 24 Jun 2016, jam 9.01 pagi.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Tahadji didakwa mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda serta pelucuthakan harta berkaitan jika disabitkan kesalahan.

Pada 11 Jun tahun ini Tahadji pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Sandakan namun tiada pengakuan direkodkan.

Advertisement
Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, tempat tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan pada 16 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan hadir mewakili pihak pendakwaan.

Advertisement
Tahadji yang diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon turut diperintahkan untuk terus ditahan reman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here