Thu, 9 Jul 2026
Headlines:
Tukang masak bunuh isteri hamil dipenjara 35 tahun, 15 sebatan
Published on: Wednesday, July 08, 2026
Published on: Wed, Jul 08, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Tukang masak bunuh isteri hamil dipenjara 35 tahun, 15 sebatan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun. Jika hukuman mati tidak dikenakan pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.
Kota Kinabalu: Seorang tukang masak warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Selasa selepas mengaku bersalah membunuh isterinya tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menjatuhkan hukuman itu terhadap Arip Muktar, 31, selepas dia mengaku bersalah membunuh Belnita Abd Salleh antara jam 5 pagi hingga 8.30 pagi pada 18 April 2023 di kuarters pekerja sebuah restoran di Jalan Pantai.

Advertisement
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun. Jika hukuman mati tidak dikenakan pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tarikh Arip ditangkap.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Timbalan Pendakwa Raya Dana A Wazani memberitahu mahkamah bahawa Arip dan Belnita yang merupakan suami isteri tinggal bersama di kuarters pekerja berkenaan.

Menurutnya kira-kira jam 5 pagi pada hari kejadian seorang rakan sekerja terdengar suara seorang wanita menjerit namun tidak berani memeriksa selepas mengetahui pasangan itu sedang bertengkar di dalam bilik mereka.

Advertisement
Kira-kira jam 8.30 pagi Arip yang berlumuran darah pada muka dan pakaiannya memberitahu dua rakan sekerja wanita bahawa dia telah bergaduh dengan isterinya serta mengarahkan mereka pulang ke Pulau Gaya supaya tidak terlibat dengan pihak polis.

Kedua-dua wanita yang ketakutan kemudian menghubungi majikan mereka yang seterusnya menghantar dua pekerja untuk memeriksa bilik berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada polis dan ambulans.

Advertisement
Setibanya di lokasi polis menemui Belnita dalam keadaan separuh berpakaian  manakala Arip ditemui terbaring berhampiran dengan kecederaan pada leher.

Belnita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian  sementara Arip dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan.

Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas kerana lehernya ditekan. Pakar patologi turut menemui kecederaan akibat hentakan objek tumpul pada badan mangsa namun kecederaan itu bukan punca kematian.

Dalam rayuan mitigasi peguam bela Mohd Al Hafidz Mohd Lokman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan bukan hukuman mati dengan alasan Arip merupakan pesalah kali pertama yang benar-benar menyesali perbuatannya serta menerima tanggungjawab sepenuhnya.

Peguam itu berkata tertuduh memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dan mengaku bersalah pada peringkat awal sekali gus menjimatkan masa mahkamah serta mengelakkan saksi dan ahli keluarga mangsa daripada mengulangi pengalaman trauma sepanjang perbicaraan.

Beliau turut berhujah bahawa Arip yang sebelum ini bekerja sebagai tukang masak telah insaf sepanjang berada dalam tahanan, menunjukkan potensi untuk dipulihkan dan tidak seharusnya dinilai berdasarkan kesalahan terburuk yang pernah dilakukannya.

Bagaimanapun pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan itu membabitkan pelanggaran amanah yang serius kerana mangsa ialah isteri tertuduh dan dibunuh di kediaman yang mereka diami bersama iaitu tempat yang sepatutnya menjadi ruang paling selamat buat mangsa.

Pendakwaan turut memaklumkan bahawa mangsa sedang hamil ketika kejadian menjadikan kesalahan itu lebih serius kerana bukan sahaja meragut nyawa mangsa malah turut mengorbankan kandungannya.

Sehubungan itu Dana memohon mahkamah menjatuhkan hukuman melebihi kadar minimum yang diperuntukkan undang-undang bagi mencerminkan keseriusan jenayah tersebut, memberi pengajaran kepada masyarakat mengenai keganasan rumah tangga serta menegaskan bahawa sebarang perselisihan atau tekanan emosi tidak boleh dijadikan alasan untuk meragut nyawa orang lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here