Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Lelaki dipenjara ceroboh tapak pembinaan
Published on: Friday, July 10, 2026
Published on: Fri, Jul 10, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki dipenjara ceroboh tapak pembinaan
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 18(d) Ordinan Kesalahan Kecil Sabah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 42 tahun dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret pada Rabu selepas mengaku bersalah menceroboh tapak pembinaan di pusat bandar.

Abdul Latip Umar membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana berada di tapak pembinaan milik Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd di belakang Suria Sabah pada jam 11 malam, 29 Jun lalu tanpa alasan munasabah.

Advertisement
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 18(d) Ordinan Kesalahan Kecil Sabah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu seorang pengawal keselamatan bertugas di tapak pembinaan berkenaan dimaklumkan oleh rakannya mengenai seorang lelaki yang ditahan di kawasan larangan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Siasatan lanjut mendapati Abdul telah menceroboh tingkat 10 bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dan gagal memberikan alasan munasabah berhubung kehadirannya di lokasi berkenaan.

Pengawal keselamatan kemudian menahannya sebelum menyerahkan lelaki itu kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapannya.

Sementara itu seorang lelaki didenda RM1,800 atau penjara empat bulan selepas mengaku bersalah berjudi di tempat awam.

Advertisement
Md Azwan Syamaih, 19, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus kerana melakukan aktiviti perjudian di sebuah premis di Plaza Kivatu, Penampang, pada jam 3.30 petang, 2 Julai lalu.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memaklumkan pasukan polis yang menjalankan Ops Dadu menemui Azwan sedang melakukan transaksi tambah nilai perjudian dalam talian.

Polis menahan lelaki itu dan merampas sebuah telefon bimbit, sekeping kertas mengandungi ID pengguna serta kata laluan selain wang tunai RM40.

Mahkamah turut memerintahkan wang tunai RM40 itu dilucutkan kepada kerajaan.

Kes dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri dan Dzulfamie Amrin bagi pihak pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here