Wed, 15 Jul 2026
Headlines:
Keptakes terus perkukuh kecekapan pembantu tadbir kesihatan
Published on: Tuesday, July 14, 2026
Published on: Tue, Jul 14, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Keptakes terus perkukuh kecekapan pembantu tadbir kesihatan
JANUARIUS menyampaikan cendera kenangan kepada Jasnawati selepas merasmikan mesyuarat.
Kota Kinabalu: Kesatuan Pembantu Tadbir Kesihatan Sabah (Keptakes) terus memperkukuh usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya menerusi penganjuran Mesyuarat Keptakes dan Kursus Penyampaian Perkhidmatan Awam 2026 yang berlangsung pada Khamis lalu.

Presidennya Januarius Majalap @ Jacob berkata mesyuarat itu menyampaikan program tiga dalam satu seperti memperkasa kompetensi dan profesionalisme pembantu tadbir kesihatan, meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam dan menjadi platform membincangkan isu kebajikan dan hala tuju kesatuan.

Advertisement
Beliau berkata seramai 150 pembantu tadbir kesihatan daripada pelbagai gred yang bertugas di Unit Pengurusan dan Unit Kewangan menghadiri program itu dan mengadakan “brainstorming” bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan tugas serta penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

“Program ini memberi impak positif kepada perkhidmatan kesihatan apabila pelbagai cadangan dan pandangan dikemukakan bagi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Sinergi yang terjalin melalui penyertaan pemimpin kesatuan dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuh korps pembantu tadbir kesihatan di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya kursus yang mampu menyuntik transformasi baharu bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, pantas dan berintegriti.

Advertisement
Majlis penutupan program disempurnakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Bahagian Pengurusan) Datin Jasnawati Jasmin yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Sabah di Hotel Pan Borneo, Putatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here